Baru-baru ini, foto Boy Iman memeluk Ifa Raziah atas tujuan menzahirkan kasih sayang seorang ‘adik’ kepada ‘kakaknya’ mengundang kecaman netizen. Ramai yang mempertikaikan aksi mereka apatah lagi agama Islam mengharamkan bersentuhan dengan bukan mahram. Niat tidak menghalalkan cara.
Mengenali Ifa, beliau pasti akan memberikan respon balas mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya. Menerusi Insta Stories, Ifa mempersoalkan betapa banyak drama ataupun filem yang mempamerkan babak berpelukan dan aksi ranjang yang terlampau tetapi masih diterima oleh masyarakat atas alasan ia hanya lakonan semata-mata.
Ifa juga menjawab tuduhan kononnya beliau berlaku curang dengan suaminya. Menurut Ifa, suaminya itu lebih mengenali dirinya yang sebenar dan tahu setiap tindak-tanduknya.
Selebriti yang dilabelkan sebagai ‘Diva’ ini juga sudah tidak kisah jika masyarakat ingin terus mengkritik dan tidak lagi menyukai dirinya. Semua itu tidak penting buat Ifa.

kepohchii
July 30, 2018 at 4:27 pm
la.. boyiman tu peluk nenk kebayan..bukan ifa raziah.. pasai pa ifa raziah marah sgt.. cuba tgk gmbar tu balik betul2.
ghadisk
July 30, 2018 at 10:27 am
tu la kak..org suh bace n phmkn Al Quran xnk..dok mdangdut 24 jam..hukum Allah pon xtau..kesian!
ikan
July 26, 2018 at 11:15 pm
ok jenis takleh tegur. pasni kita biarkan je la.