December 20th, 2011

Tahun 2011 bakal berakhir tidak lama lagi.

Jika dihitung dengan jari jemari kita yang sepuluh ini, pasti tidak terbilang isu-isu serta pelbagai kontroversi yang menjadi perhatian kita semua dan turut menghiasi portal hiburan favourite anda ini.

Bermula 28 November 2008, Abang Nara memulakan usaha mewujudkan satu blog sebagai alternatif kepada media tradisional yang sedia ada, kerana Abang Nara rasakan banyak kekangan pada media tradisional untuk paparan lebih banyak berita mengenai industri hiburan tempatan dan kadangkala luar negara.

unggul

Kini berusia tiga tahun, blog yang sudah melalui transformasi menjadi satu portal hiburan lantaran sokongan anda semua.

Baru-baru ini, laman carian Google mengeluarkan senarai Zeitgeist bagi carian terhangat dan Beautifulnara.com menduduki tempat kedua carian tertinggi pada tahun 2011 selepas blog rakan kami yang sangat awesome – Blogserius.my

beautifulnara

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan Google untuk carian blog:

TOP BLOGS QUERIES

Blog Serius

Beautifulnara  

Papagomo

Jejariruncing

Honeykoyuki

Oh Bulan

kari ngeri

Malaymoviesfull

My Resipi

IniBelogSaya

Blogserius bukan portal hiburan dan ia lebih kepada sebuah blog memaparkan pelbagai isu, maka ia meletakkan Beautifulnara.com sebagai blog hiburan paling tinggi dicari. Jika anda berminat untuk melihat senarai penuh Google Zeitgeist untuk tahun 2011, boleh membacanya di link ini.

Ia satu penghormatan buat kami di Beautifulnara dan sepanjang tiga tahun bersama anda, banyak yang kami pelajari dari segala teguran dan pandangan dari anda semua.

Kami juga tidak mengambil mudah setiap kritikan kerana pada kami, jika pembaca meninggalkan kritikan, hakikatnya tanpa mereka sedari mereka juga sayangkan portal hiburan awesome ini !!

NAPBAS

Keyakinan kami untuk terus ‘online’ bersama anda diperkukuhkan dengan satu lagi anugerah prestij yang diterima pada 16 Disember lalu.

Beautifulnara.com berjaya merangkul The Best Entertainment Blog melalui Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang diadakan bagi menentukan blog terbaik bagi rantau Asia Pasifik!

unggul

Kami tidak menyangka akan mampu menandingi pesaing bagi kategori ini iaitu:

Sassi Sam Girlie Gossip Files
http://sassisamblog.com

Mynameisjin
http://mynameisjin.com

Sù Yán Ti?n Sh?
http://plainfaceangel.blogspot.com

Kenshin ????
http://kenshin.hk

Namun hasil undian dari anda semua, membolehkan Beautifulnara.com mengungguli kedudukan berprestij di rantau Asia Pasifik  bagi kategori Blog Hiburan Terbaik!!

unggull

Tentunya, dengan kedua-dua pencapaian ini, kami akan terus memperbaiki kandungan paparan untuk anda malah kami sendiri sudah mengatur pelbagai aktiviti khas untuk pembaca Beautifulnara.com pada 2012 ini !! Ya, nantikan pengumuman dari kami !!

unggull

Apapun, kesemua pencapaian ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tiada sokongan dari anda semua dan pastinya, kami akan terus menghasilkan yang terbaik.

Sayang semua !

September 30th, 2009

beautifulnara

Terima kasih beribu-ribu lemon buat suratkhabar Kosmo yang sudi mempemeskan lagi BeautifulNara. Kalau tak ada aral melintang, Kosmo hari nie (30 September) ada terselit muka Abang Nara mempromote dan bercerita sedikit sebanyak tentang blog BeautifulNara.

Nak tau apa yang Abang Nara gosipkan dalam Kosmo? Kena la beli Kosmo hari nie. Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua sebab tanpa anda BeautifulNara takkan jadi sepopular ini sehingga dapat keluar dalam Kosmo.

P.S: Kami pun tak check lagi betul ke tak keluar dalam Kosmo hari nie. Tapi rasanya ada kot. Tolong belikan dan checkkan untuk kami ye. Sebab kami tulis cakap keluar kat Kosmo berdasarkan info daripada penulis Kosmo yang interview kami hari tue. Kalau ada bagitau ye ~~

nuffnang awards

September 14th, 2009

#Sila tengok video di bawah dulu sambil baca apa yang kami tulis ye

Adoi. Malu sungguh Abang Nara bila tengok trailer Project Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers yang ditaja oleh Adidas Action 3 dan Sunway Group selaku location sponsor. Malu bukan sebab apa, nampak macam banyak sangat interframe dalam trailer nie. Siap Kak Nara pun ada join ajar pakai tudung kat Jojo Struys. Yang best trailer nie bukan jer ada kat Youtube tapi ada kat Nuffnang ngan Hitz.FM tue. Memang makin femes la BeautifulNara lepas nie.

Sesungguhnya kami dah tak sabar nak tunggu bila full episode BeautifulNara nak keluar. Tapi Jojo bagitau kat kami compem lepas raya nanti baru keluar. Kang buat time orang sibuk beraya takder orang pulak nak tengok kan? Ntah-ntah nanti kami sendiri tak tertengok sebab tengah sibuk makan ketupat ngan lemang. Yang penting kita raya puas-puas dulu baru kita layan Project Alpha nie.

Tapi jangan lupa saksikan episod pertama Project Alpha yang akan bermula 18hb September nie. Kenapa anda kena tengok? Sebab ada contest yang membolehkan korang semua menang barangan Adidas Action 3 dan Sunway Group bernilai RM1760 setiap minggu. Kitorang sendiri pun rasa nak masuk sebab stok deodorant dah nak habis nie. Yang lagi best leh dapat tiket free masuk Sunway Theme Park. Masyuknye ~~~

Dan yang paling mantap sudah tentu hadiah utama dia ialah peluang pergi tengok Chelsea punya game kat Stamford Bridge, UK bersama dengan Jojo Struys. Semua perbelanjaan ditanggung. Tiket kapal terbang dia bayar, duit hotel dia bayar. Korang bawak badan jer. Nak tau lebih lanjut tentang contest nie, sila tekan sini ye. Selain tue buat yang ada blog, boleh try apply untuk Project Alpha Season 2.

Kalau nak kutuk mutu lakonan Abang Nara dalam trailer kat atas dipersilakan. Jangan segan-segan. Hentam jer. Kami takkan saman anda. Tapi kalau nak puji lagilah kami terima. Jangan lupa tau komen. Nak gak tau apa pendapat korang. Mana tau kalau ramai yang suka leh try apply kat agensi lakonan. Hehehe.

August 3rd, 2009

beautifulnara

Terkelip-kelip mata kami sekejap tengok jumlah pelawat dan jumlah pageview BeautifulNara untuk bulan Julai 2009. 2.5 juta page view dengan jumlah pelawat hampir mencecah 450 ribu. Kalau tak disebabkan bandwith dah terlebih masa 31 Julai hari tue sampai anda takleh nak bukak blog nie, rasanya compem cecah 500 ribu pelawat.

Jutaan terima kasih kepada anda semua yang menjadikan kami tempat lepak anda untuk mendapatkan sumber-sumber gosip terbaru dan terkini. Buat pengkomen-pengkomen setia, anda memang yang terbaik. Buat mereka-mereka yang forwardkan artikel kami di email-email, terima kasih banyak-banyak. Buat anda yang promote blog kami kat kawan-kawan, tiada kata-kata yang mampu kami luahkan.

Sokongan padu anda semua nampaknya akan membuatkan kami lebih bersemangat untuk mencari berita sensasi untuk tatapan semua. Mungkin dalam bulan Ogos nie kitaorang tak nak cover cerita artis jer. Sekali-sekala kami akan selitkan isu semasa untuk bacaan ilmiah kita bersama.

Buat pengkomen-pengkomen setia, hari ini bermulalah pertandingan pengkomen terbanyak. Startlah mengkomen, maklumat lanjut akan kami paparkan sebentar sahaja lagi. Teruskan menyokong kami. Tanpa anda siapalah kami. Sekian, terima kasih.