(VIDEO)Trailer Project Alpha Sudah Keluar!!!

(VIDEO)Trailer Project Alpha Sudah Keluar!!!

#Sila tengok video di bawah dulu sambil baca apa yang kami tulis ye

Advertisement

Adoi. Malu sungguh Abang Nara bila tengok trailer Project Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers yang ditaja oleh Adidas Action 3 dan Sunway Group selaku location sponsor. Malu bukan sebab apa, nampak macam banyak sangat interframe dalam trailer nie. Siap Kak Nara pun ada join ajar pakai tudung kat Jojo Struys. Yang best trailer nie bukan jer ada kat Youtube tapi ada kat Nuffnang ngan Hitz.FM tue. Memang makin femes la BeautifulNara lepas nie.

Sesungguhnya kami dah tak sabar nak tunggu bila full episode BeautifulNara nak keluar. Tapi Jojo bagitau kat kami compem lepas raya nanti baru keluar. Kang buat time orang sibuk beraya takder orang pulak nak tengok kan? Ntah-ntah nanti kami sendiri tak tertengok sebab tengah sibuk makan ketupat ngan lemang. Yang penting kita raya puas-puas dulu baru kita layan Project Alpha nie.

Tapi jangan lupa saksikan episod pertama Project Alpha yang akan bermula 18hb September nie. Kenapa anda kena tengok? Sebab ada contest yang membolehkan korang semua menang barangan Adidas Action 3 dan Sunway Group bernilai RM1760 setiap minggu. Kitorang sendiri pun rasa nak masuk sebab stok deodorant dah nak habis nie. Yang lagi best leh dapat tiket free masuk Sunway Theme Park. Masyuknye ~~~

Dan yang paling mantap sudah tentu hadiah utama dia ialah peluang pergi tengok Chelsea punya game kat Stamford Bridge, UK bersama dengan Jojo Struys. Semua perbelanjaan ditanggung. Tiket kapal terbang dia bayar, duit hotel dia bayar. Korang bawak badan jer. Nak tau lebih lanjut tentang contest nie, sila tekan sini ye. Selain tue buat yang ada blog, boleh try apply untuk Project Alpha Season 2.

Kalau nak kutuk mutu lakonan Abang Nara dalam trailer kat atas dipersilakan. Jangan segan-segan. Hentam jer. Kami takkan saman anda. Tapi kalau nak puji lagilah kami terima. Jangan lupa tau komen. Nak gak tau apa pendapat korang. Mana tau kalau ramai yang suka leh try apply kat agensi lakonan. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...