January 10th, 2018

Filem serta drama Melayu sekarang ini boleh dikatakan hampir semua mempunyai jalan cerita yang sama. Kalau tidak kena kahwin paksa timbul pula kisah percintaan antara dua darjat. Klise bukan? Malah, banyak juga tajuk-tajuk yang agak mengarut.

Pelakon berbakat, Beto Kusyairy menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dan bosan dengan  industri perfileman negara yang sering menayangkan drama-drama mengarut dengan plot yang sama berulang kali. Adakah penulis skrip sudah ketandusan idea ataupun ini adalah kehendak penonton?

Persoalan Beto mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta selebriti tempatan yang turut bersetuju dengan pemikiran beliau itu.

Memang agak menyedihkan sebenarnya apabila ada sesetengah pihak yang memandang rendah dengan industri perfileman negara yang hanya menyajikan genre yang sama. Namun, bila difikirkan semula, selagi ada orang yang menontonnya, maka drama-drama mengarut itu akan terus ditayangkan.

October 13th, 2015

Pada era Internet para peminat industri hiburan bebas berinteraksi sesama sendiri tentang artis yang diminati dan tidak disukai. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wujud satu istilah baru untuk merujuk kepada artis iaitu ‘retis’ dalam perbulan tidak formal secara lisan mahu pun bertulis.

Pelakon berbakat Beto Kusyairy bagaimanapun berpendapat penggunaannya perlu disesuaikan dengan maksud kerana menurut beliau, perkataan retis ialah satu bentuk kutukan dan penghinaan. Beto menulis status di akaun Twitter miliknya:-
 photo beto1.png

Baginya sekiranya peminat hendak berinteraksi dengan artis dan masih mahu mengekalkan suasana yang positif dan mengeratkan hubungan perkataan ‘retis’ tidak seharusnya digantikan kepada perkataan ‘artis’ kerana ia istilah berbentuk ‘slanga’, iaitu sesuatu yang digunakan untuk menyampaikan tona negatif.
 photo beto2.png

Ada betulnya kata Beto itu. Sekiranya anda mahu memperli atau menyampaikan sesuatu secara sinis bolehlah menggunakan perkataan ‘retis’, seperti terma yang biasa digunakan pada masa kini iaitu ‘retis sendu’.

Sebaliknya jika anda meminati artis itu seharusnya menggunakan perkataan artis sebagai satu bentuk penghargaan kepada mereka. Janganlah panggil mereka ‘retis’, sentap mereka mendengarnya, ya tak?

Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Saturday, 10 October 2015

 

August 7th, 2015

Siapa sangka pelakon yang cukup hebat sekarang iaitu Beto Kusyairy pernah memulakan kerjaya dalam bidang seni apabila memegang watak sebagai maskot program kanak-kanak kegemaran ramai iaitu Along terbitan KRU Production pada tahun 2000.

Buat Beto itu adalah antara kenangan paling manis dalam hidupnya dan menjelaskan matlamat beliau menceburi bidang hiburan bukan kerana ingin mengejar populariti.

Filem Istanbul Aku Datang melonjakkan nama saya. Apabila terserempak dengan peminat, mereka akan tegur dan ambil gambar. Sebenarnya populariti bukan matlamat saya menceburi bidang lakonan tetapi mahu menyampaikan kisah dan teladan dalam masyarakat.

Bagaimanapun, bila ada yang menghargai, saya bersyukur. Kalau ikutkan peminat kenal saya menerusi kerja pun sudah mencukupi.

Tambah Beto lagi, beliau bukanlah seorang yang sombong jadi peminat tidak perlu untuk merasa teragak-agak untuk mendekati beliau dan  boleh menegurnya  pada bila-bila masa sahaja jika terserempak dengannya.

Sikap rendah diri yang ada pada Beto Kusyairy meskipun beliau disegani ramai membuatkan aktor ini mempunyai karisma tersendiri selain menampilkan kualiti yang agak baik dalam lakonan beliau. Kami yakin satu hari nanti Beto boleh pergi lebih jauh lagi dan teruskan dengan sikap anda sekarang.

Sumber Berita: Harian Metro