November 24th, 2017

Sejak Fattah Amin dan Fazura mengumumkan pertunangan mereka semalam, pasangan ini tidak henti dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh netizen.

Rata-rata netizen begitu teruja sekali Fattah dan Fazura  akan bernikah dalam masa terdekat dan menyatakan pasangan itu memang secocok selain mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Berikut antara komen-komen netizen :-

Fazura dan Fattah mengikat tali pertunangan pada 13 November lepas sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Mereka kini sedang sibuk menguruskan hal berkaitan pernikahan mereka yang dijangkakan pada penghujung tahun ini.  Dua majlis resepsi perkahwinan akan diadakan satu khas untuk keluarga dan rakan media dan satu lagi buat peminat mereka pada tahun depan.

November 23rd, 2017

Siapa sangka bermula hanya sebagai pasangan berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella, timbul pula bibit percintaan antara Fazura dan Fattah Amin. Semakin rapat hari demi hari dan sudah mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam, akhirnya pintu hati Fazura terbuka untuk menjadi teman hidup Fattah .

Saya diketahui sebagai seorang yang berdikari dan degil, kerana saya mata mementingkan kerjaya. Dengan kuasa Allah selepas beberapa bulan mengenali hati budi dan memikirkan mengenai masa depan, saya terbuka hati untuk berkahwin.

Tidak bertunang dalam keadaan tergesa-gesa, Fazura juga memberitahu beliau dan Fattah mengambil masa untuk berkongsi berita gembira tersebut atas pemintaan keluarga Fazura yang amat mementingkan privasi.

Majlis bertunang sudah dirancang beberapa minggu lebih awal, bukan diadakan dengan tergesa-gesa. Kami ingin fokus kepada ibadah terlebih dahulu, bukannya tidak mahu kongsikan dengan media dan peminat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang sabar menunggu pengumuman kami. Kami menghargai sokongan anda dan etika yang anda amalkan.

Dalam tempoh pertunangan ini memang akan ada cabaran tetapi apa yang penting anda berdua harus bersabar. InshaAllah segala perancangan Fazura dan Fattah untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

November 23rd, 2017

Rasanya sekarang pasti peminat Fattzura begitu teruja dengan berita pertunangan mereka bukan? Iyalah, selepas pelbagai spekulasi timbul, akhirnya mereka bukan sahaja sah bercinta tetapi sudah bertunang. 

Pada sidang media yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Fattah turut memberitahu beliau dan Fazura tidak pernah merencana untuk bernikah di Mekah seperti yang digosipkan sebelum ini dan mahu melalui proses perkahwinan sama seperti orang lain juga. Mereka kini sedang sibuk menguruskan beberapa perkara seperti dokumen pernikahan dan tidak lama lagi bakal menghadiri kursus kahwin pula.

Tidak bernikah di Mekah, kami belum bernikah. Kami sekarang ini apa yang kami tengah rancang, kami tengah merancang untuk pergi ke kurus kahwin seperti orang lain lagi. Walaupun artis, kami perlu melalui proses ke arah pernikahan seperti orang lain.

Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup pada penghujung tahun ini dan dua buah majlis resepsi  buat ahli keluarga, rakan media dan peminat pula akan diadakan pada tahun depan.