May 28th, 2020

Benarlah orang kata, kalau dah cinta sampai bila-bila pun tetap ada perasaan itu. Begitulah kenyataan yang boleh menggambarkan hubungan di antara pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Meskipun melalui pelbagai badai dan onak duri, mereka memilih untuk kembali hidup bersama selepas membuat keputusan berpisah. Perkara itu disahkan sendiri oleh Bella di mana dia dan Aliff Aziz berbaik semasa masih lagi dalam tempoh iddah.

bella astillah mengandung

Berkat daripada hubungan yang sudah mekar kembali itu, pasangan tersebut kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka. Daripada apa yang dikongsikan sebelum ini, bayi perempuan tersebut bakal lahir pada Julai nanti.

Disebabkan badan yang kian membesar, ibu kepada Ayden Arden itu nampaknya lebih selesa mengenakan baju yang lebih besar daripada saiz badannya. Tapi tak disangka pemilihan pakaiannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

“Kenapa pilih baju besar, malu nak tunjuk perut ke?”

bella astillah sedih

Menurut posting Instagram Story wanita itu, dia mempersoalkan keperluan untuk menayang perutnya dengan memakai baju ketat.

Bahkan Bella juga mendedahkan bahawa dia ada mengambil gambar khas untuk menyambut kandungan kedua itu tetapi merasakan tidak sesuai untuk berkongsi dek bulan Ramadan dan sambutan lebaran.

Tidak melatah, wanita itu mengingatkan semua orang supaya mendoakan kebaikan orang lain kerana hidup ini adalah seperti roda. Berbuat baik dengan orang lain, pasti akan mendapat balasan kebaikan juga nanti.

Sumber: Forum CARI

April 23rd, 2020

Pernah memuat naik gambar mesra dan meluangkan masa bersama, status hubungan Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz menjadi tanda-tanya netizen.

bella astillah aliff aziz 2

Terbaru, menerusi satu temu bual bersama radio Suria FM semalam, Bella seolah-olah memberi bayangan mereka sudah rujuk semula.

Dalam sesi tersebut, Sharifah Shahirah dan Tyzo bertanyakan kepada Bella tentang khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Pada awalnya dia hanya berdiam diri, namun kedua-dua penyampai radio itu meluahkan rasa syukur seakan pasangan itu sudah kembali bersama sebagai suami dan isteri.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Malah, Bella sendiri mengakui dia dan bekas suami sudah lama berbaik tetapi enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai hubungan mereka kerana ingin menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Pada masa yang sama, Bella turut menjawab spekulasi mengatakan dirinya sedang hamil. Dia hanya meluahkan rasa syukur dan berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraannya.

Terdahulu, Bella tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula Aliff dalam hidupnya jika itu adalah yang terbaik buat kehidupan anak mereka. Malah, dia tidak pernah membenci bekas suaminya itu.

Sumber Berita : mStar Online

February 21st, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Khabarnya, isteri Aliff, Bella Astillah kini sedang hamil kira-kira 16 minggu dan dijangka bersalin pada bulan Julai depan.

Aliff akui beliau merasa terkejut dengan berita kehamilan isterinya dan tidak menyangka bakal bergelar bapa dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Kami tidak merancang bila masa sesuai untuk mendapatkan anak dan berita kehamilan ini memang satu kejutan. Alhamdulillah kami bersyukur dan gembira kerana cahaya mata ini akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami selain anak adalah pembawa rezeki.

Selain daripada alahan, pada awal kehamilannya Bella agak sensitif sikit mungkin kerana masih ingin membiasakan diri kerana ia adalah pengalaman pertamanya. Alhamdulillah kini keadaannya lebih baik dan ‘morning sickness’ (alahan mengandung) pun sudah tiada lagi.

Sedar bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa, Aliff kini lebih bersemangat untuk mengukuhkan namanya dalam bidang seni dan berazam untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik buat keluarganya. Pendek kata, beliau mahu berusaha dengan lebih keras untuk isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Aliff Aziz dan Bella Astillah, semoga bayi didalam kandungan dan ibunya sentiasa sihat.

Sumber Berita : mStar Online