April 23rd, 2020

Pernah memuat naik gambar mesra dan meluangkan masa bersama, status hubungan Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz menjadi tanda-tanya netizen.

bella astillah aliff aziz 2

Terbaru, menerusi satu temu bual bersama radio Suria FM semalam, Bella seolah-olah memberi bayangan mereka sudah rujuk semula.

Dalam sesi tersebut, Sharifah Shahirah dan Tyzo bertanyakan kepada Bella tentang khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Pada awalnya dia hanya berdiam diri, namun kedua-dua penyampai radio itu meluahkan rasa syukur seakan pasangan itu sudah kembali bersama sebagai suami dan isteri.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Malah, Bella sendiri mengakui dia dan bekas suami sudah lama berbaik tetapi enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai hubungan mereka kerana ingin menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus.

bella astillah rujuk aliff aziz kini hamil

Pada masa yang sama, Bella turut menjawab spekulasi mengatakan dirinya sedang hamil. Dia hanya meluahkan rasa syukur dan berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraannya.

Terdahulu, Bella tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula Aliff dalam hidupnya jika itu adalah yang terbaik buat kehidupan anak mereka. Malah, dia tidak pernah membenci bekas suaminya itu.

Sumber Berita : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...