September 27th, 2019

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan Aliff Aziz. Itu adalah haknya dan tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

bella astillah gila glamor

Bella berkata tidak mahu bermusuhan dengan bekas suaminya itu dan siapa tahu kalau mereka masih ada lagi jodoh bersama.

bella astillah gila glamor

Namun, rata-rata netizen sudah seakan bosan dengan Bella. Mengapa wanita itu masih tidak serik disakiti dan seakan memperbodohkan diri sekiranya dia benar mahu kembai bersama Aliff.

“Kalau Bella terima Aliff balik

memang bodoh”

bella astillah dikecam bella astillah aliff azizbella astillah dikecam

“Lepas ini kalau Aliff curang lagi tak

payah update ‘story’ bagai”

bella astillah dikecam bella astillahbella astillahApa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Bila saat itu tiba, biarlah Bella buat keputusannya sendiri.

September 26th, 2019

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah membuat Live di Instagram bersama bekas suami Aliff Aziz. Rata-rata netizen sudah meluat dengan aksi mereka berdua dan mengatakan Bella hanya ingin meraih publisiti murahan.

bella astillah

Bella bagaimanapu menjelaskan, tiada salahnya untuk dia berbuat demikian kerana ia adalah salah satu cara untuk dia memulihkan semangat bekas suaminya itu. Tidak timbul langsung isu rujuk semula.

Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh sahaja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

aliff aziz bella astillah

Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami.

Menurut Bella, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.

bella astillah aliff aziz live

Alhamdulillah, saya lihat keadaan Aliff semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji. Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.

Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.  Namun, selepas Aliff beberapa kali berlaku curang, mereka akhirnya bercerai pada 16 Mei lalu.

Sumber Berita : mStar Online

September 25th, 2019

Gara-gara sering membuat IG Live bersama bekas suaminya, Aliff Aziz, Bella Astillah menerima kecaman daripada netizen. Rata-rata netizen sudah mula rasa meluat dengan aksi mereka berdua dan mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih berbaik dan melayan bekas suaminya itu. Ada juga yang menuduh Bella sengaja mahu mencari publisiti murahan.

bella astillah gila glamor

Menjawab segala kecaman, Bella memberitahu dia boleh melakukan apa sahaja kerana itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Sekali lagi Bella menegaskan dia sudah memaafkan Aliff dan hubungan mereka masih baik demi anak. Bella berharap netizen tidak berfikiran kolot.

bella astillah gila glamorBiarlah sahaja Bella menjalani kehidupannya seperti yang dia mahukan. Tidak mengapalah mereka terus berbaik demi anak. Lagipun, bukan mudah untuk wanita itu terus ‘move on’ melupakan seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Sumber Berita : Media Hiburan

September 24th, 2019

Meskipun sudah berpisah, Bella Astillah dan Aliff Aziz masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Wanita itu mengakui sudah memaafkan bekas suaminya dan enggan terus dibelenggu rasa sedih dan kecewa.

bella astillah aliff aziz

Namun, ramai percaya kedua-duanya belum ‘move on’, menyimpan perasaan antara satu sama lain. Buktinya, baru-baru ini Bella dan Aliff membuat sesi Live di IG bersama, berduet menyanyi ibarat seperti pasangan baru bercinta pula.

Rata-rata netizen sudah mula rasa meluat dengan aksi mereka berdua dan mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih berbaik dan melayan bekas suaminya itu. Ada pula netizen yang mengatakan mungkin juga Bella sengaja ingin meraih perhatian.

“Seorang gila glamor, seorang gila

talak”

bella astillah live ig aliff azizaliff aziz bella astillah live ig aliff aziznetizen meluat bella astillahbella astillah aliff azizRumah tangga Bella dan Aliff musnah selepas lelaki itu beberapa kali didakwa berlaku curang dengan beberapa orang wanita. Mereka sah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu.