Written by Bella | March 27th, 2019

Pelakon dan pengacara Qi Razali mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada April ini.

Qi bersyukur Nelydia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.

Alhamdulillah, saya bahagia dia jumpa dengan individu yang boleh membimbingnya… Dia bertemu lelaki baik. Semoga semua yang diimpikan dicapai dalam perkahwinan nanti.

Saya mendoakan yang terbaik untuk awak (Nelydia).Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Pada masa yang sama, Qi juga mendoakan supaya segala persiapan perkahwinan Nelydia berjalan dengan lancar dan diberkati.

Ketika ini Nelydia sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Bagaimanapun, pelakon itu masih belum lagi berkongsi tarikh sebenar pernikahannya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 25th, 2019

Ketika ini pelakon Nelydia Senrose sedang rancak membuat persiapan perkahwinannya bersama cinta hati, Hafiz. Sebelum ini, kami ada dengar berita beberapa rakan artis sudah pun menerima jemputan perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Nelydia masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pelakon jelita itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal April.

Baru-baru ini teman Cik Pang memaklumkan aktres itu khabarnya akan bernikah pada minggu pertama April depan. Jika benarlah apa yang disampaikan itu, ini bermakna tinggal kurang dua minggu saja lagi Nelydia bakal bergelar isteri orang.

Di kesempatan ini juga Cik Pang mengucapkan sekalung tahniah buat Nelydia kerana bakal membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Pastinya perkahwinan Nelydia antara yang dinantikan ramai, kami doakan agar majlis yang dirancang diberkati dan dipermudahkan. Kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau nanti.

Sumber Berita : Harian Metro