June 15th, 2015

Tindakan Erma Fatima memohon penceraian daripada suaminya, Bade pada minggu lalu memang mengejutkan. Rata-rata beranggapan perkahwinan mereka bahagia, walaupun Bade telah memadukan Erma apabila berkahwin buat kali kedua dengan Aida. Tanggapan bahagia hidup bermadu ini muncul apabila Erma sering memuatnaik gambarnya bersama madu, menunjukkan seolah-olah mereka berdua bahagia berkongsi kasih Bade. Malah mereka juga telah bercuti ke Bandung bersama-sama.
erma fatima

Sesungguhnya permohonan cerai dari Erma Fatima bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah Bade selaku suami juga turut sama terkejut. Menurut Bade, dia langsung tidak tahu menahu tentang permohonan ini. Bagi Bade, perkahwinan yang dibina bukanlah untuk berakhir dengan penceraian. Katanya:-

Saya dan Erma tidak bergaduh apa-apa pun. Rasanya saya juga ada hak kerana dia isteri saya dan saya suaminya. Sebagai suami, ia adalah hak saya untuk menceraikan Erma atau sebaliknya. Walaupun ada undang-undang mahkamah syariah, tapi bagi saya, talak di tangan seorang suami.

Advertisement

Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting.

Kepada kedua-dua isteri, saya nak beritahu, saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apapun keadaan, bukan kuasa saya.

Erma mahupun Aida tahu, saya kahwin bukan untuk bercerai.

erma fatima bade

Terharu la pula Abang Nara membaca kata-kata Bade ini. Jelas perasaan sayang Bade terhadap Erma masih utuh. Tidak terlintas langsung untuk melepaskan isterinya itu. Tiada siapa mahu masjid yang dibina runtuh dengan penceraian, lebih-lebih lagi selepas 24 tahun berkahwin. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga mereka akan dapat mencapai kata sepakat. Amin. Sumber Berita Harian.

P.S: 12 plaza tol guna kutipan elektronik bermula 9 September

Advertisement
April 2nd, 2015

Bukan mudah untuk seseorang wanita itu menjalani kehidupan berpoligami apatah lagi jika madunya boleh memberikan sesuatu yang bermakna buat si suami. Namun, buat Erma Fatima dan Aida Abdul mereka berdua masing-masing cuba untuk memberikan yang terbaik demi ruma tangga yang dibina dan sekaligus mengubah persepsi masyarakat tentang pahitnya hidup bermadu.

 Ingin mengeratkan lagi hubungan mereka, Erma, Aida, Bade dan seluruh keluarga mereka telah bercuti bersama di Bandung, Indonesia.

Melihat pada foto mereka sekeluarga yang diambil sebelum berangkat ke Bandung, boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang boleh melihat keakraban mereka. Malah, Aida juga nampaknya mempunyai hubungan yang baik bersama adik-beradik Erma.

Advertisement

Sejujurnya, kami memang respect dengan Erma Fatima yang menerima ketentuan takdir dan tidak bersikap negatif meskipun kadang-kala tercuit rasa cemburu di hati. Tiada siapa tahu apa yang tersirat dalam hati seorang perempuan. Kami berharap hubungan baik mereka ini akan berkekalan selamanya.

 

Advertisement
October 7th, 2014

Ya bukan semua wanita boleh menerima kenyataan yang dirinya dimadukan, Jika ia berlaku terhadap anda, itu adalah ujian yang amat besar. Rumah tangga Erma Fatima dan Bade sebelum ini didakwa umpama retak menanti belah apabila suaminya itu berkahwin lagi, namun ternyata itu semua adalah dakwaan palsu semata-mata. Buktinya Erma telah berkongsi gambar dirinya menyambut Hari Raya Haji bersama madunya itu baru-baru ini.

erma fatima dan madu
Untuk anda yang tidak tahu, madu Erma Fatima ini bernama Aida. Aida telah berkahwin dengan Bade sekitar bulan Mei yang lalu. Apa pun, Abang Nara terharu membaca kata-kata Erma Fatima mengenai kehidupan bermadu. Sesungguhnya kalau kita mengambil semua perkara daripada sudut yang positif, pasti akan ada hikmahnya. Kata Erma menerusi Berita Harian:-

Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

Advertisement

Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu.

Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta. Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia. Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta.

Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya.

Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia (Aida). Saya sendiri tidak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan. Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka.

erma fatima dan madu

Rasa nak menitik air mata membaca kata-kata penuh puitis daripada Erma Fatima ini. Sesungguhnya kebahagiaan itu perlu dicari, bukannya dinanti. Hidup bermadu bukan mudah, namun terpulang pada kita untuk menambahkan lagi kesusahan tersebut atau berusaha untuk menjadikan ia lebih senang sedikit. Respek Abang Nara pada Erma. Semoga mereka sekeluarga terus bahagia. Sama-samalah kita doakan.

[flowplayer id=”29791″]

Advertisement