June 15th, 2015

Tindakan Erma Fatima memohon penceraian daripada suaminya, Bade pada minggu lalu memang mengejutkan. Rata-rata beranggapan perkahwinan mereka bahagia, walaupun Bade telah memadukan Erma apabila berkahwin buat kali kedua dengan Aida. Tanggapan bahagia hidup bermadu ini muncul apabila Erma sering memuatnaik gambarnya bersama madu, menunjukkan seolah-olah mereka berdua bahagia berkongsi kasih Bade. Malah mereka juga telah bercuti ke Bandung bersama-sama.
erma fatima

Sesungguhnya permohonan cerai dari Erma Fatima bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah Bade selaku suami juga turut sama terkejut. Menurut Bade, dia langsung tidak tahu menahu tentang permohonan ini. Bagi Bade, perkahwinan yang dibina bukanlah untuk berakhir dengan penceraian. Katanya:-

Saya dan Erma tidak bergaduh apa-apa pun. Rasanya saya juga ada hak kerana dia isteri saya dan saya suaminya. Sebagai suami, ia adalah hak saya untuk menceraikan Erma atau sebaliknya. Walaupun ada undang-undang mahkamah syariah, tapi bagi saya, talak di tangan seorang suami.

Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting.

Kepada kedua-dua isteri, saya nak beritahu, saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apapun keadaan, bukan kuasa saya.

Erma mahupun Aida tahu, saya kahwin bukan untuk bercerai.

erma fatima bade

Terharu la pula Abang Nara membaca kata-kata Bade ini. Jelas perasaan sayang Bade terhadap Erma masih utuh. Tidak terlintas langsung untuk melepaskan isterinya itu. Tiada siapa mahu masjid yang dibina runtuh dengan penceraian, lebih-lebih lagi selepas 24 tahun berkahwin. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga mereka akan dapat mencapai kata sepakat. Amin. Sumber Berita Harian.

P.S: 12 plaza tol guna kutipan elektronik bermula 9 September


Comments are closed.

Loading...