February 21st, 2020

Terasa dirinya begitu terhina dengan permohonan maaf Azwan Ali yang didakwa tidak ikhlas dan tidak menunjukkan sebarang kekesalan, Datuk Seri Vida nekad meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti sensasi itu.

dsv nekad saman malu azwan ali

Bukan sahaja maruahnya tercalar tetapi hati DSV juga terguris dengan penghinaan melampau Azwan yang menyentuh kejadian dua arwah anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.

Memang sudah mohon maaf tapi apabila satu jam lebih buat sidang media, saya rasa kemaafan hari itu itu telah membakar lagi hati saya. Hati saya makin terguris dan tercalar.

saman malu azwan ali

 

Sementara itu, peguam DSV, Adnan Seman menjelaskan tuntutan saman malu itu bukanlah bertujuan untuk menuntut wang ringgit sebaliknya ingin membaiki reputasi DSV yang telah dicalarkan oleh Azwan.

Terdahulu, Azwan bukan sahaja bertindak melampau menghina kematian dua orang anak DSV yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap Cik B selain turut mempersendakan kegagalan rumah tangga DSV.

Sumber Berita : Astro Gempak

February 17th, 2020

Dalam kemelut isu Datuk Seri Vida ingin menyaman Azwan Ali kerana menghina dirinya dan anak-anak, tiba-tiba penyanyi Aishah seakan mengungkit kembali kes antaranya dengan DSV yang pernah kecoh satu ketika dahulu.

aishah datuk seri vida

Jika anda masih ingat, sebelum ini hangat dengan kontroversi kes berlian palsu yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik itu kepada Aishah ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza 4.

Menerusi akaun Instagramnya,  Aishah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kisah permintaan maaf yang diperlekehkan. Rata-rata netizen mempercayai, “sindiran” itu ditujukan kepada DSV.

“Begitulah sakitnya hati bila permintaan maaf diperlekehkan”- Aishah

aishah datuk seri vida

“Aishah terhegeh-hegeh nak harta.” – DSV

datuk seri vida

Tidak hanya berdiam diri, DSV menempelak Aishah yang cuba masuk campur dalam kes saman antaranya dan Azwan.

Menurut DSV kes Aishah dan Azwan berbeza, menyifatkan penyanyi itu terhegeh-hegeh mahu harta.

datuk seri vida aishah

Kes Aishah terhegeh-hegeh hendak harta. Ada ke pergi pilih berlian? Tidak ada satu syarikat di dunia bagi peluang pilih berlian satu persatu.

Saya sahaja yang bagi peluang sebab terhegeh-hegeh sangat. Jadi, jangan samakan kes saya dengan dia dan Azwan. Ini dalam Instagram pun rajin komen.

Terdahulu, selepas timbul DSV telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh  Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki. Malah, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

February 13th, 2020

Sehingga kini perbalahan antara keluarga jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama Azwan Ali belum lagi selesai. Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan kepada DSV dan anak-anaknya. Cara pengacara sensasi itu memohon maaf didakwa tidak ikhlas dan seakan “menganjing”.

cik b azwan ali

Namun, disebalik konflik yang berlaku, apa yang menjadi perhatian ramai adalah sikap Cik B iaitu anak perempuan DSV yang disifatkan sebagai seorang yang matang.

Tidak cepat melatah, Cik B dilihat dengan tenang menjawab setiap soalan wartawan mengenai kontroversi penghinaan terhadap dirinya, malah dia juga telah memberikan pesanan kepada Azwan agar menjaga tutur katanya agar Jangan terlalu banyak mencarut.

Jangan suka mencarut, stress nanti kena strok – Cik B

Pada masa yang sama, Cik B berkata dia sedikit pun tidak ambil peduli dengan apa sahaja carutan Azwan kerana lebih ramai lagi orang yang menyokongnya.

Netizen puji kematangan Cik B

netizen puji cik b cik b azwan ali cik b azwan ali cik b azwan ali

Rata-rata netizen memuji sikap dan cara Cik B, meskipun baru berusia 12 tahun nampaknya dia mampu bersikap lebih matang berbanding orang lain yang lebih tua darinya.

Fuh! Dengan bersahaja Cik B membidas laharan Azwan, siap berikan nasihat yang menusuk ke dalam hati. Steady..

Sumber Berita : Kasyah Putera

 

 

February 12th, 2020

Semalam, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas penghinaan yang dilakukan kepada Datuk Seri Vida dan anaknya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin. Menurut Azwan, ia bukanlah soal kalah atau menang hanya memenuhi tuntutan usahawan kosmetik itu.

datuk seri vida saman azwan ali

Memberi respon mengenai permohonan maaf Azwan, DSV berkata cara pengacara itu meminta maaf seakan tidak ikhlas. Malah, sidang media yang diadakan juga tidak ada adab dan Azwan dikatakan sempat lagi menghina peguam yang mewakili DSV.

Ikhlas ke minta maaf

 

Teruskan saman terhadap Azwan? 

 

datuk seri vida azwan ali

datuk seri vida azwan ali

Terdahulu, selain memohon maaf Azwan juga berkata dia akan memadam semua status dan video yang berbaur fitnah dan menyinggung usahawan kosmetik itu di laman Twitter miliknya. Malah, dia juga juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan DSV untuk menyelesaikan kemelut antara mereka.