Written by Bella | March 15th, 2019

Segala persiapan sudah dilakukan dan tinggal hanya beberapa hari sahaja menjelang tarikh pernikahan, namun impian untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan pada saat akhir, sebagai seorang manusia biasa, tentunya pelakon Atikah Suhaimie sangat sedih dan kecewa apatah lagi pelbagai spekulasi mula timbul.

Bagaimanapun, Atikah berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh keluarganya dan menerima tiada lagi jodoh antara mereka berdua.

Siapa yang tidak kecewa, tetapi apa yang boleh saya katakan, antara kami tiada jodoh untuk bersama. Saya perlu akur dengan keputusan keluarga, malah menghormati Awi Rafael dan keluarganya. Hanya itu yang dapat saya katakan, selebihnya biar pihak lelaki yang memberikan jawapan.

Buat masa ini, Atikah berharap orang ramai boleh memahami situasti beliau. Atikah minta diberikan sedikit ruang dan hanya akan memberikan penjelasan lanjut mengenai punca beliau tidak jadi berkahwin apabila sudah bersedia nanti.

Saya minta maaf dan berharap semua pihak memahami memahami situasi saya sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan apabila sudah bersedia nanti. Berikan saya sedikit ruang dan waktu, selain doakan yang terbaik buat saya.

Memang bukan mudah untuk menelan segala rasa pahit dan kecewa apabila impian untuk berkahwin tidak kesampaian, tetapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 14th, 2019

Terkejut juga kami mendengar perkhabaran tentang pembatalan perkahwinan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini.

Mengesahkan beliau harus membatalkan majlis pernikahannya, Awi menerusi akaun Instagram memuat naik video penjelasan berhubung perkara itu. Awi mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kata Awi, beliau sudah cuba membuat yang terbaik untuk bekas tunangnya itu dan berniat untuk membina masjid untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan sama-sama membina kehidupan baru ke jalan Tuhan. Bagaimanpun, dugaan baru yang menimpa kali ini terlalu berat untuk dipikul.

Kalau dihayati, kata-kata Awi ini begitu mendalam maksudnya kan? Tidak mengapalah, mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Written by Bella | March 14th, 2019

Majlis perkahwinan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir. Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Awi tabah dengan dugaan ini.

Sumber Berita : FORUM CARI