January 3rd, 2020

Sejak beberapa hari ini, nama pelakon Atikah Suhaime nampaknya kembali hangat diperkatakan. Bersempena dengan tahun baru 2020, Atikah menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto terbarunya.

atikah suhaime

Agak berbeza juga penampilan Atikah, sudah sedikit berisi berbanding sebelum ini yang dilihat terlalu kurus. Foto yang dikongsikan itu mencuri perhatian ramai. Malah, dia turut memohon maaf kepada netizen yang tidak senang duduk dengan fotonya itu.

Bagaimanapun, sebenarnya ramai yang memuji Atikah nampak lebih jelita dan mempunyai bentuk badan yang cantik.

atikah suhaime-

atikah suhaime-

netizen puji atikah suhaime cantik

netizen puji atikah suhaime cantikBoleh tahan cantik Atikah sekarang, perubahan yang mantap kata orang. Mungkin lebih baik untuk kekalkan bentuk badan sebegitu. Memang ramai yang terpikat.

Sumber Berita : Projek MM

January 3rd, 2020

Pernah gagal dalam percintaan, baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik. Malah, dia juga mengakui pernah melalui pengalaman memeritkan itu.

awi rafael atikah suhaime

Ramai juga yang tertanya adakah ia berkaitan dengan bekas tunangnya? Mengulas kenyataan Atikah, penyanyi Awi Rafael berkata dia tidak tahu apakah motif sebenar pelakon wanita itu membuat pendedahan mengenai hubungan toksik.

Pada masa yang sama, Awi menegaskan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal adalah tidak benar.

atikah suhaime

Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja. Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing.

awi rafaelDalam pada itu, Awi yakin ramai tahu siapa dirinya yang sebenar dan tidak melatah dengan segala dakwaan yang dilemparkan. Menurut Awi, dia cukup gembira dengan kehidupannya kini dan sentiasa mendoakan yang baik-baik bekas tunangnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 15th, 2019

Segala persiapan sudah dilakukan dan tinggal hanya beberapa hari sahaja menjelang tarikh pernikahan, namun impian untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan pada saat akhir, sebagai seorang manusia biasa, tentunya pelakon Atikah Suhaimie sangat sedih dan kecewa apatah lagi pelbagai spekulasi mula timbul.

Bagaimanapun, Atikah berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh keluarganya dan menerima tiada lagi jodoh antara mereka berdua.

Siapa yang tidak kecewa, tetapi apa yang boleh saya katakan, antara kami tiada jodoh untuk bersama. Saya perlu akur dengan keputusan keluarga, malah menghormati Awi Rafael dan keluarganya. Hanya itu yang dapat saya katakan, selebihnya biar pihak lelaki yang memberikan jawapan.

Buat masa ini, Atikah berharap orang ramai boleh memahami situasti beliau. Atikah minta diberikan sedikit ruang dan hanya akan memberikan penjelasan lanjut mengenai punca beliau tidak jadi berkahwin apabila sudah bersedia nanti.

Saya minta maaf dan berharap semua pihak memahami memahami situasi saya sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan apabila sudah bersedia nanti. Berikan saya sedikit ruang dan waktu, selain doakan yang terbaik buat saya.

Memang bukan mudah untuk menelan segala rasa pahit dan kecewa apabila impian untuk berkahwin tidak kesampaian, tetapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 14th, 2019

Terkejut juga kami mendengar perkhabaran tentang pembatalan perkahwinan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini.

Mengesahkan beliau harus membatalkan majlis pernikahannya, Awi menerusi akaun Instagram memuat naik video penjelasan berhubung perkara itu. Awi mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kata Awi, beliau sudah cuba membuat yang terbaik untuk bekas tunangnya itu dan berniat untuk membina masjid untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan sama-sama membina kehidupan baru ke jalan Tuhan. Bagaimanpun, dugaan baru yang menimpa kali ini terlalu berat untuk dipikul.

Kalau dihayati, kata-kata Awi ini begitu mendalam maksudnya kan? Tidak mengapalah, mungkin perpisahan ini adalah jalan terbaik buat kedua-dua belah pihak.