Pernah gagal dalam percintaan, baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik. Malah, dia juga mengakui pernah melalui pengalaman memeritkan itu.
Ramai juga yang tertanya adakah ia berkaitan dengan bekas tunangnya? Mengulas kenyataan Atikah, penyanyi Awi Rafael berkata dia tidak tahu apakah motif sebenar pelakon wanita itu membuat pendedahan mengenai hubungan toksik.
Pada masa yang sama, Awi menegaskan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal adalah tidak benar.
Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja. Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.
Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif. Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing.
Dalam pada itu, Awi yakin ramai tahu siapa dirinya yang sebenar dan tidak melatah dengan segala dakwaan yang dilemparkan. Menurut Awi, dia cukup gembira dengan kehidupannya kini dan sentiasa mendoakan yang baik-baik bekas tunangnya.

dodo
January 6, 2020 at 11:43 am
she deserve someone better la bro. jgn perasan sgt. rupa ngko bukan semenggah mana pon nk berlagak
saggi
January 3, 2020 at 4:53 pm
Larrrr . mst ada orang tnay tu psl dia cakap. .
saggi
January 3, 2020 at 4:52 pm
I think if you read back atikah statement she did mention Januari Tahun Lalu. So mst ada kaitan. Niwae loser always talk about past. so move on
Anonymous
January 3, 2020 at 4:49 pm
Eh..eh..gelabah gile babeng pulak mamat ni..si tiqah tu x mention pun nama sape2…y ko gelabah tetek ni dh kenapa??klu rs bukan tuk dri kot, diam laa..chill je…sapa mkn cili dia terasa pedas…so, mkna nya btl laa kannn…hahahaha…secara x langsung mengkantoikan dri sndri…
Ratu Lada
January 3, 2020 at 2:40 pm
Ala.. untuk orang lain lah tu… setahun pula tu dah putus… confirm Atikah dah move on and ada boypren baru…