April 7th, 2020

Sehingga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis didakwa memperlekehkan netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Tidak setakat itu, mereka menganggap diri mereka golongan cerdik pandai. Kenyataan kasar itu membangkitkan kemarahan netizen, mereka mengatakan golongan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tiada apa-apa, tidak mungkin akan popular.

peminat tak bagi duit beego

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Beego yang berkata, selama ini dia meneruskan hidup dan terus kekal dalam industri bukan semata-mata kerana peminat.

Selama ini, tiada pun peminat yang bantu memberikannya wang untuk hidup tetapi sebaliknya hanya keluarga dan rakan sahaja yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.

peminat tak bagi duit beego

Kesal ada ahli keluarga tidak sensitif bicara isu perbalahan artis & netizen

Perbalahan antara netizen dan artis menjadi bualan ramai, tidak dinafikan ada dikalangan keluarga Beego yang turut tidak sensitif membicarakan hal tersebut dan ia membuatkan pelakon itu merasa sangat kesal.

peminat tak bagi duit beego

“Nak buang artis, kau buang tv, radio semua”¬†

peminat tak bagi duit beego

Berang ada pihak ingin memboikot artis, Beego berkata jika netizen ingin membuang mana-mana artis di Malaysia ini, pastikan mereka juga membuang televisyen dan apa-apa sahaja yang berunsurkan hiburan. Malah, jangan tonton hiburan dari luar negara juga.

Terdahulu, ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, cadangan itu ditentang ramai kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar sana memerlukan bantuan, berbanding golongan selebriti yang selama ini menayang kehidupan mewah.

April 6th, 2020

Isu perbalahan antara artis dan netizen semakin hangat lebih-lebih lagi timbul dakwaan mengatakan sesetengah artis menghina netizen memiliki IQ rendah dan ibarat lembu cucuk hidung.

zarina anjoulie maafkan amyza aznan

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh Zarina Anjoulie yang memuat naik foto ‘screenshot’ perbualan para artis menerusi aplikasi Telegram. Antara artis yang turut terkena tempias “peperangan” ini adalah Amyza Aznan.

Terbaru, Zarina menerusi akaun Instagramnya menasihati Amyza untuk berhenti berbalah dengan netizen di media sosial. Tidak perlu bergaduh dengan orang lain dan sebaiknya menggunakan platform media sosial untuk menyebar kebaikan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

zarina anjoulie maafkan amyza aznan

Jelas Zarina dia sudah memaafkan Amyza di sebalik konflik yang tercetus antara mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, dia juga sempat berkongsi foto paparan komen yang ditinggalkan Amyza dimana dia seolah-olah melenting apabila terdapat netizen mempersoalkan “perangai sebenarnya”.

boikot amyza aznan

Terdahulu, Amyza ¬†menerusi akaun Instagramnya menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah fitnah semata-mata. Dia tidak pernah berniat untuk menghina netizen tetapi berang dengan “perancangan jahat” disebalik kecaman yang dilemparkan kepada artis ketika itu. Menuduh ada seorang selebriti telah mengrekrut netizen untuk “menyerang” para artis ketika siaran langsung pihak SENIMAN yang berbicara mengenai bantuan khusus artis.

April 3rd, 2020

Meskipun kini ada segelintir artis yang bertindak “menyerangnya” dengan pelbagai tuduhan dan kecaman menerusi Telegram, pelakon Zarina Anjoulie bagaimanapun mengakui dia sedikit pun tidak rasa tergugat. Dia berkata, tindakannya bersuara mengenai mengenai golongan selebriti mahu menerima bantuan khusus daripada kerajaan sebelum ini adalah perkara betul dan juga dibuat secara am.

zarina anjoulie seniman laporan polis

Katanya lagi, dia bukanlah Zarina dahulu yang boleh ditindas dan dipijak. Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapatnya termasuklah beberapa selebriti yang turut menyatakan perkara yang sama.

Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.

Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.

Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau

zarina anjoulie seniman laporan polis

Zarina menganggap tindakan segelintir artis mengutuknya seperti dalam kumpulan Telegram yang tersebar itu adalah salah. Tambah Zarina lagi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengatakan dia meracun netizen untuk membenci artis, tetapi tindakan persatuan itu meminta artis membuat laporan terhadap dirinya turut dikira sebagai menghasut.

Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.

zarina anjoulie dedah artis hina netizen

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak akan memohon maaf kerana permintaan itu tidak masuk akal, menegaskan bahawa dia tidak ada melakukan apa-apa kesalahan.

Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?

zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah. Dia turut mendedahkan perbualan di Telegram dimana beberapa artis menghina netizen IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.

Sumber Berita : Harian Metro

April 2nd, 2020

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Zarina Anjoulie mendedahkan nama beberapa orang artis yang didakwa memperlekehkan netizen dengan panggilan kesat di kumpulan Telegram yang diwujudkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Perkara itu membangkitkan kemarahan netizen dan disebabkan itu ramai yang mahu memboikot artis-artis berkenaan.

amyza aznan hina netizen

Bukan itu sahaja, timbul juga kontroversi pelakon Amyza Aznan yang telah “mencelakakan” netizen ketika siaran IG Live pihak Seniman baru-baru ini yang membincangkan isu artis meminta bantuan khusus kerajaan.

Enggan salah faham berlarutan, Amyza tampil memberi penjelasan. Menurutnya, ada seorang selebriti telah mengrekrut netizen untuk “menyerang” para artis ketika siaran langsung tersebut. Kalau dilihat, tiada komen positif tetapi hanya kecaman daripada netizen sahaja.

Ada selebriti sengaja fitnah

Amyza memberitahu dia tidak pernah berniat untuk menghina netizen tetapi berang dengan “perancangan jahat” disebalik kecaman yang dilemparkan kepada artis ketika itu. Malah, selebriti itu juga telah memutarbelitkan kenyataan dan memfitnah mereka.

I tunggu sampai habis live. I cakap memang celaka netizen ni, itu adalah ‘troopers’ dia.

“Konon nak marah ‘troopers’ Anju. Tunjuklah bukti” – Netizen

amyza aznan hina netizen amyza aznan hina netizen amyza aznan hina netizen

Walaupun tidak menyebut siapakah gerangan selebriti yang dimaksudkan, rata-rata netizen mempercayai kata-kata Amyza itu ditujukan buat Zarina Anjoulie.

Terdahulu, beberapa orang artis didakwa menghina netizen dengan panggilan yang agak kasar iaitu memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Rata-rata netizen berang dilabelkan sedemikian rupa dan mengatakan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tidak mampu menempa nama dalam industri hiburan.

Sumber Berita : Facebook