April 18th, 2018

Masih tidak banyak yang ingin dikongsikan oleh penyanyi popular 90-an Ziana Zain mengenai apa yang berlaku dalam rumahtangganya. Biarpun wajahnya menyimpan seribu luka terpendam, dia tidak berhasrat untuk bercerita yang buruk mengenai suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, seorang bekas ketua pramugara.

Utusan Online melaporkan, Ziana bagaimanapun mengakui dia sudah memendam rasa untuk satu jangkamasa yang panjang:

Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.

Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, memberitahu perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga.

Armin juga dikhabarkan tidak menghubunginya dan anak-anak setelah dibebaskan dari tahanan polis:

Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.

Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya.

Ziana dan Armin mendirikan rumahtangga sejak tahun 1998 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan mereka yang mencecah usia 20 tahun iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. Рbeautifulnara.com

April 8th, 2018

Penyanyi terkenal Ziana Zain, 50, telah berkahwin dengan bekas ketua pramugara Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 pada tahun 1998. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak.

Segalanya nampak normal sehinggalah dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Armin ditahan polis setelah Ziana membuat laporan bahawa Armin telah memukul anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun.

Disebabkan itu, Armin telah ditahan beberapa hari di penjara sementara menunggu pertuduhan diperdengarkan dan kerana dia tidak dijamin sesiapa sehinggalah beberapa hari kemudian.

mStar Online melaporkan, Armin juga telah melarikan diri dari pihak media setelah selesai prosiding kes pukul anak mereka di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat lepas dengan keluar melalui pintu belakang.

Ziana dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Armin pada 3 April lepas di Mahkamah Syariah Shah Alam, namun, menurut sumber Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.
Sementara itu, peguamnya yang baharu dilantik Mohamad Rizal meminta anak guamnnya itu diberi sedikit ruang.

Maaf semua, beri dia masa.

Peguam pemerhati Ziana Zain, Luqman Mazlan memberitahu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya:

Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.- beautifulnara.com via mStar Online