Written by serenity | April 8th, 2018

Penyanyi terkenal Ziana Zain, 50, telah berkahwin dengan bekas ketua pramugara Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53 pada tahun 1998. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak.

Segalanya nampak normal sehinggalah dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Armin ditahan polis setelah Ziana membuat laporan bahawa Armin telah memukul anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun.

Disebabkan itu, Armin telah ditahan beberapa hari di penjara sementara menunggu pertuduhan diperdengarkan dan kerana dia tidak dijamin sesiapa sehinggalah beberapa hari kemudian.

mStar Online melaporkan, Armin juga telah melarikan diri dari pihak media setelah selesai prosiding kes pukul anak mereka di Mahkamah Majistret Shah Alam, Jumaat lepas dengan keluar melalui pintu belakang.

Ziana dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap Armin pada 3 April lepas di Mahkamah Syariah Shah Alam, namun, menurut sumber Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.
Sementara itu, peguamnya yang baharu dilantik Mohamad Rizal meminta anak guamnnya itu diberi sedikit ruang.

Maaf semua, beri dia masa.

Peguam pemerhati Ziana Zain, Luqman Mazlan memberitahu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya:

Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.- beautifulnara.com via mStar Online

3 responses to Ziana Zain Sudah Failkan Perceraian Terhadap Suami, Armin Zaharin

  1. Anonymous says:

    Dah dpt jangka yg ini problem mak bpk..dh naik mahkamah nnti taulh cite yg sebenarnya..
    Bertabahlh duhaii anak

    2

    3
    • Shhh says:

      Kes pukul anak mcm apa yg armin bt tu mcm biasa je aku dgr..maybe dia nk.mengajar…aku fikir benda yg sama ko ckp..pasti ada benda lain yg berlaku antar ziana dn suami..dn ziana tk thu cra nk bercakap atau nk lepaskan diri..jdi dia gunakan diri dia sbgi seorg public figure. Then dia rasa ni maybe masa yg tepat…tgklah nti ada je lah benda2 buruk yg selama ni org tk thu..mmdgkan aku dgr armin dh berhenti keja..tu mgkin salah satu punca ziana tk blh tahan..dulu ska sgt dgn pasangan ni..

      0

      0
  2. fishball says:

    haizzz sedihnye baca. mane2 orang nak cerai, takut aku nak kawin

    2

    0

Leave a Comment

Optional