June 21st, 2019

Tidak dinafikan kes perceraian penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz antara topik hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu ini. Bercerai buat kali keempat, perkahwinan penerbit itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bagaimanapun, A. Aida akui dia redha dengan ketentuan takdir, begitu juga dengan anak-anaknya yang tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibu mereka.

Dua anak perempuannya iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha hanya mahu melihat ibu tercinta mereka bahagia dan gembira.

Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia. Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.

Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu.

Sebenarnya, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi seseorang lelaki dengan lebih lama lagi sebelum membuat keputusan untuk bernikah, tetapi A. Aida tetap memilih untuk bercinta selepas kahwin.

Dalam pada itu, Aleesa dan Azevanatassha menjelaskan mereka tidak akan pernah menghalang, andainya ibu mereka berhasrat untuk medirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
June 20th, 2019

Penerbit popular, Datuk A. Aida baru-baru ini mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya pelakon Ariff Aziz pada 25 April lalu selepas hanya sepuluh bulan melayari bahtera perkahwinan.

Menurut A. Aida, dia redha dengan perceraiannya itu kerana tiada lagi persefahaman antara mereka dan dia tidak mungkin akan memberikan peluang kedua kepada bekas suaminya.

Terbaru, Ariff menerusi Insta Story memberikan bayangan seakan dia juga tidak sudi untuk merujuk kembali bersama A. Aida. Malah, dia turut membuat memek muka meloyakan bila berbicara soal rujuk.

Terdahulu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh.

Advertisement
June 19th, 2019

Nama pelakon tampan, Ariff Aziz tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media sosial apabila rumah tangga yang dibina bersama penerbit Datuk A. Aida runtuh selepas 10 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Tidak sampai 24 jam selepas penerbit  itu mengumumkan dia sudah bercerai buat kali keempat, Ariff akhirnya tampil membuka mulut.

Menerusi akaun Instagramnya, Ariff berkata sudah lama dia tidak mendapat perhatian seakan orang yang penting seperti apa yang dirasainya semalam.

Rata-rata pengikutnya memberikan komen positif agar Ariff kekal tabah menghadapi dugaan tetapi siapa sangka,  ada ramai juga peminat yang ingin menggodanya, siap berikan gelaran duda ‘hot’ kepada pelakon lelaki itu.

Terdahulu, A. Aida dan Arif disatukan sebagai suami isteri pada 21 Julai tahun lalu selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Mereka disahkan bercerai pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Sumber Berita : Kosmo Online

Advertisement
June 19th, 2019

Bahagia cuma seketika, itulah perkataan yang menggambarkan perkahwinan penerbit popular, Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bercerai buat kali keempat, A. Aida akui beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap mereka sudah tidak ada jodoh.

Pelbagai spekulasi mengenai perpisahan itu dikatakan oleh netizen. A. Aida menafikan dakwaan kononnya sikap cemburu Ariff dan soal wang punca mereka bercerai. Menurutnya, dia tidak kisah langsung mengenai harta mahupun pekerjaan seorang lelaki itu, A. Aida hanya mendambakan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa.

Dalam pada itu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh. Untuk makluman, mereka berkenalan secara rapat dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.

Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ditangan Allah SWT. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang berkahwin inginkan perceraian, tetapi siapa tahu derita hati yang ditanggung oleh A. Aida. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik.

Sumber Berita : Utusan Online

Advertisement