Bahagia cuma seketika, itulah perkataan yang menggambarkan perkahwinan penerbit popular, Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.
Bercerai buat kali keempat, A. Aida akui beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap mereka sudah tidak ada jodoh.
Pelbagai spekulasi mengenai perpisahan itu dikatakan oleh netizen. A. Aida menafikan dakwaan kononnya sikap cemburu Ariff dan soal wang punca mereka bercerai. Menurutnya, dia tidak kisah langsung mengenai harta mahupun pekerjaan seorang lelaki itu, A. Aida hanya mendambakan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas.
Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa.
Dalam pada itu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh. Untuk makluman, mereka berkenalan secara rapat dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum membuat keputusan untuk bernikah.
Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.
Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ditangan Allah SWT. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang berkahwin inginkan perceraian, tetapi siapa tahu derita hati yang ditanggung oleh A. Aida. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik.

jakun semelai..hihiii
June 20, 2019 at 10:17 am
jgn lah cinta kpd manusia melebihi drpd cinta kpd Allah..sama2 kita perbetulkan apa yg tak betoi…sekian
AK2.O
June 19, 2019 at 11:48 pm
Bila blog nara ni banyak iklan..xpasal aku ingat kes DAA ni cerai sebab “Tak Perlu Cukur Kemaluan”..kahkahkah…xpelah..DAA..dah jodoh awak stakat tu je..semoga bahagia bersama anak2…
Anonymous
June 19, 2019 at 9:34 pm
Bkn si aliff ni duda ke??agaknye ex bini dia asik ganggu je kot…hahaha…