February 27th, 2017

Genap setahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir sudah mula diasak dengan soalan tentang cahaya mata. Malah, wujud dakwaan mengatakan Anzalna bersedih kerana belum dikurniakan zuriat.

Tidak benar sama sekali apa yang dikatakan oleh mereka. Saya tidak pernah bersedih atau hidup berduka walaupun masih belum mempunyai zuriat sendiri. Buat masa ini, kami hanya melalui kehidupan alam rumah tangga seperti orang lain juga.

Kami juga tak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat. Hanya berserah kepada rezeki dan takdir sahaja. Tapi tak bermakna saya hidup dalam kesedihan hanya kerana isu anak. Lagipun, baru setahun kami berumah tangga. Ada orang lain berkahwin puluhan tahun pun masih belum ada rezeki. Jadi saya bersabar dalam bab ini.

Namun, Anzalna tidak menafikan tindakan beliau yang sering memuat naik foto beliau bersama ana-anak saudaranya mungkin mencetuskan spekulasi kononya beliau tertekan dengan isu anak.

Menurut Anzalna, beliau dan suami percaya rezeki “anak” akan datang bila tiba waktunya nanti.

Bab anak ini bukan mudah untuk seseorang manusia itu merancang sebenarnya, semuanya bergantung kepada takdir juga. Doakan yang terbaik buat Anzalna dan suami semoga mereka mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata nanti.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

February 22nd, 2017

Semalam, pelakon Anzalna Nasir dan suaminya Hanif Zaki telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Tidak kami nafikan, mereka pasangan yang cukup manis bersama.

Bersempena dengan hari yang cukup bermakna itu, Anzalna dan suaminya masing-masing memuat naik foto perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen yang agak manis dan romantis.

Time flies… 12 years of knowing you and today is our first anniversary of being husband and wife. The question that always plays in mind when im with you is Wujud ke lelaki macam ni? Because you’re too perfect! you always make me feel like im the luckiest woman on earth. Alhamdulillah.. Thank you sayang… @hanif_zaki #21/2

Exactly one year ago i got married to this beautiful lady! Ya allah, how fast time flies! No one can ever replace you from the morning i wake up till i lay my head beside you! The comfort and love that i feel when i am with you! Those are irreplaceable! Happy Anniversary my love, my wife @anzalnanasir88 #212 #hanzalna #akadnikah #alhamdulillah

Wah, sekejap sahaja masa berlalu rasanya macam baru lagi kita semua kagum dengan baju pengantin Anzalna yang ala-ala Barbie Mariposa. Apa-apa pun, kami di BeautifulNara mendoakan agar Anzalna dan Hanif dilimpahi dengan kebahagiaan selalu dan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata pula selepas ini.

May 6th, 2016

Sudah dua bulan bergelar isteri kepada Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir cukup gembira menikmati keindahan alam perkahwinan sehinggakan sedetik pun beliau tidak mahu berpisah bersama suaminya.

Alzana memberitahu buat masa ini beliau masih lagi berehat daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan ingin menjaga Hanif meskipun suaminya itu tidak pernah menghalang kerjayanya.

Saya mahu berehat, menjaga suami dan memasak untuknya. Sekarang saya berehat daripada berlakon dan hanya memenuhi undangan ke acara tertentu saja.

Jika saya ambil tawaran berlakon ia mengambil masa lama, itu belum termasuk jika penggambaran dilakukan di luar KL. Hanif tidak pernah menghalang, tetapi saya sendiri kena faham kedudukan saya sebagai isteri orang.

Belum sempat berbulan madu secara rasmi, Anzalna dan Hanif merencana untuk bercuti ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ditanya tentang soal cahaya mata, pasangan romantis ini menyerahkan soal tersebut kepada Allah SWT dan sebenarnya sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa.

Ini yang dikatakan nikmat orang baharu berkahwin dan kami harap kemanisan serta cinta Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : Harian Metro

April 7th, 2016

Hari Selasa lepas, Anzalna Nasir bersama suaminya Hanif Zaki serta ibu bapanya telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi akaun Instagram Anzalna dan Hanif, mereka sempat berkongsi beberapa foto ketika berada di tanah suci.

Sebelum ini Anzalna ada memberitahu beliau dan Hanif menangguh dulu niat berbulan madu semata-mata ingin menunaikan umrah dan kini hasrat mereka sudah pun tercapai.

Kami mendoakan agar ibadah mereka di sana berjalan dengan lancar.

Lagi beberapa foto Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di tanah suci Mekah dengan membaca entri ini sepenuhnya.