May 6th, 2016

Sudah dua bulan bergelar isteri kepada Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir cukup gembira menikmati keindahan alam perkahwinan sehinggakan sedetik pun beliau tidak mahu berpisah bersama suaminya.

Alzana memberitahu buat masa ini beliau masih lagi berehat daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan ingin menjaga Hanif meskipun suaminya itu tidak pernah menghalang kerjayanya.

Saya mahu berehat, menjaga suami dan memasak untuknya. Sekarang saya berehat daripada berlakon dan hanya memenuhi undangan ke acara tertentu saja.

Jika saya ambil tawaran berlakon ia mengambil masa lama, itu belum termasuk jika penggambaran dilakukan di luar KL. Hanif tidak pernah menghalang, tetapi saya sendiri kena faham kedudukan saya sebagai isteri orang.

Belum sempat berbulan madu secara rasmi, Anzalna dan Hanif merencana untuk bercuti ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Ditanya tentang soal cahaya mata, pasangan romantis ini menyerahkan soal tersebut kepada Allah SWT dan sebenarnya sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa.

Ini yang dikatakan nikmat orang baharu berkahwin dan kami harap kemanisan serta cinta Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...