February 27th, 2017

Genap setahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir sudah mula diasak dengan soalan tentang cahaya mata. Malah, wujud dakwaan mengatakan Anzalna bersedih kerana belum dikurniakan zuriat.

Tidak benar sama sekali apa yang dikatakan oleh mereka. Saya tidak pernah bersedih atau hidup berduka walaupun masih belum mempunyai zuriat sendiri. Buat masa ini, kami hanya melalui kehidupan alam rumah tangga seperti orang lain juga.

Kami juga tak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat. Hanya berserah kepada rezeki dan takdir sahaja. Tapi tak bermakna saya hidup dalam kesedihan hanya kerana isu anak. Lagipun, baru setahun kami berumah tangga. Ada orang lain berkahwin puluhan tahun pun masih belum ada rezeki. Jadi saya bersabar dalam bab ini.

Namun, Anzalna tidak menafikan tindakan beliau yang sering memuat naik foto beliau bersama ana-anak saudaranya mungkin mencetuskan spekulasi kononya beliau tertekan dengan isu anak.

Menurut Anzalna, beliau dan suami percaya rezeki “anak” akan datang bila tiba waktunya nanti.

Bab anak ini bukan mudah untuk seseorang manusia itu merancang sebenarnya, semuanya bergantung kepada takdir juga. Doakan yang terbaik buat Anzalna dan suami semoga mereka mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata nanti.

Sumber Berita : Utusan Malaysia


Comments are closed.

Loading...