October 11th, 2020

Pelakon cantik, Natasha Hudson,38, baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto seolah-olah ingin memberi bayangan yang sesuatu yang bermakna bakal terjadi dalam hidupnya.

Natasha yang kini solo setelah menamatkan zaman bujang buat kali ke-4 pada tahun lalu telah mengemas kini laman Instagramnya serta menulis kapsyen yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

“Apa yang akan tiba lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Hargai apa yang anda semua milik, berlaku jujut, setia, penyayang dan semuanya akan kekal. Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak dalam diri anda ~ N..14/10/2020,”

Dia yang turut meletakkan tarikh 14 Oktober 2020 beserta imej lelaki dan perempuan serta sebentuk cincin telah menerima ucapan tahniah daripada peminat.

Mengimbas kembali, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz pada tahun 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada 2007. Sepanjang perkahwinan itu, dia dikurniakan dua orang cahaya mata iait Naeema Kalila dan Faatimah.

Jodoh tidak panjang, dia kemudian bercerai sebelum bernikah semula dengan Carleed Khaza yang dinikahinya pada April 2012 dan kemudian bercerai pada Oktober 2018.

Natasha kemudian bernikah kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor dan bercerai pada tahun 2019.

Sumber: Astro Gempak

July 1st, 2013

Sebelum ini, puteri sulung hasil perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza diberi nama Naeema Taqiyyah. Nama tersebut membawa makna keberkatan, ketenangan dan bertakwa. Namun rupa-rupanya, Taqiyyah membawa maksud yang kurang elok melibatkan pengikut ajaran Syiah.

natasha hudson

Natasha Hudson mendapat tahu mengenai perkara ini selepas mengikuti satu sesi usrah. Selepas mendapatkan maklumbalas daripada orang-orang berilmu dan mufti, Natasha dan suaminya telah sepakat untuk menukar nama Taqiyyah kepada Kalila.

natasha hudson

Satu langkah yang bijak dan pantas daripada Natasha Hudson untuk menukar nama anaknya. Semoga Naeema Kalila akan membesar menjadi anak yang solehah di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan.
ephyraP.S: Mahukan kulit jadi lebih halus, cerah dan berseri? Inginkan badan yang lebih bertenaga? Impikan rambut yang lebih kuat dan lembut? Anda boleh dapatkan kesemuanya dengan supplemen Ephyra ini. Terbukti berkesan seawal 10 hari. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.

April 22nd, 2013

Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, Natasha Hudson telah pun melahirkan seorang lagi bayi perempuan hasil perkahwinannya dengan Carleed Khaza. Untuk anda yang tidak tahu, Natasha telah pun berkahwin dengan Carleed sekitar bulan April tahun lepas.

anak natasha hudson

Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Natasha Hudson sendiri di Instagramnya. Proses kelahiran telah berlaku secara normal tanpa sebarang suntikan. Natasha Hudson juga telah mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya sebelum ini.

anak natasha hudson

Kepada Natasha dan Carleed, tahniah atas kelahiran si comel ini. Semoga bayi anda sihat dan membesar dengan penuh sejahtera. Selamat menjadi ayah buat Carleed. Tahniah sekali lagi.

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI