Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beri ‘Hint’ Gambar Dan Tarikh Bermakna, Natasha Hudson Bakal Nikah Buat Kali Ke-5?

Pelakon cantik, Natasha Hudson,38, baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto seolah-olah ingin memberi bayangan yang sesuatu yang bermakna bakal terjadi dalam hidupnya.

Natasha yang kini solo setelah menamatkan zaman bujang buat kali ke-4 pada tahun lalu telah mengemas kini laman Instagramnya serta menulis kapsyen yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Advertisement

“Apa yang akan tiba lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Hargai apa yang anda semua milik, berlaku jujut, setia, penyayang dan semuanya akan kekal. Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak dalam diri anda ~ N..14/10/2020,”

Dia yang turut meletakkan tarikh 14 Oktober 2020 beserta imej lelaki dan perempuan serta sebentuk cincin telah menerima ucapan tahniah daripada peminat.

Mengimbas kembali, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz pada tahun 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada 2007. Sepanjang perkahwinan itu, dia dikurniakan dua orang cahaya mata iait Naeema Kalila dan Faatimah.

Jodoh tidak panjang, dia kemudian bercerai sebelum bernikah semula dengan Carleed Khaza yang dinikahinya pada April 2012 dan kemudian bercerai pada Oktober 2018.

Natasha kemudian bernikah kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor dan bercerai pada tahun 2019.

Sumber: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Sedeypedeyyy

    October 12, 2020 at 11:40 am

    Kenaller.. Btul² cpat nauuu kawen!! Adehhh??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top