December 7th, 2012

Hati seorang ayah pastinya sedih jika dihalang daripada bertemu dengan anaknya sendiri. Abang Nara boleh faham perasaan Jimmy Shanley. Pasti sedih tidak dapat berjumpa anak lebih-lebih lagi yang menghalang ialah bekas bapa mertua sendiri.
jimmyMenurut laporan Kosmo hari ini, Jimmy Shanley diharamkan daripada menjejakkan kaki ke rumah tempat tinggal anaknya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh oleh bapa mertuanya, Datuk Suhaimy Othman sejak bulan Januari 2011. Kata Jimmy:-

Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri.

Pasti Jimmy sedih kerana tidak dapat melihat keletah si comel Zahra Rania. Abang Nara turut simpati kepada Zahra Rania kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Semoga bekas bapa mertua Jimmy Shanley terbuka hati untuk membenarkan mereka berdua bertemu. Sama-sama kita doakan.

August 20th, 2012

Di kala kita semua sedang bergembira menyambut Hari Raya, Abang Nara agak sedih membaca kata-kata Suhaila, isteri Jimmy Shanley di Mingguan Malaysia semalam. Menurut Suhaila, Jimmy tak pernah bertanya khabar dia dan anaknya sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kan?

suhaila jimmy

Syawal kali ini, Suhaila tidak mengharapkan keajaiban untuk suaminya datang berhari raya bersama dia dan anaknya. Kata Suhaila:-

Saya tak rasa dia akan datang jenguk kami. Dia tak ingat anak pun, sebab hari jadi Rania pada 24 Jun lalu pun dia tak wish. Nak call tanya pasal saya, jauh sekali. Jadi kesimpulannya, dia tak pernah sekalipun call tanya pasal anak. Sebenarnya, Jimmy tak bertanya khabar kami pun sepanjang Ramadan lalu. Saya memang dah jangka perkara yang sama ini berlaku, macam tahun lepas juga. Sebab itu saya mengharapkan dia boleh lepaskan saya dengan cara yang elok.

suhaila jimmy

Tambah menyedihkan apabila Abang Nara membaca kata-kata Suhaila di bawah apabila ditanya sama ada dia mempunyai inisiatif sendiri membawa Rania berjumpa dengan Jimmy Shanley:-

Ada, memang ada tapi bila bawa jumpa pun, bapa (Rania) macam tak ada rasa ingin nak jumpa anak dia. Jadi lebih baik tak payah. Lagi pun Rania kecil lagi. Sepatutnya, bapa yang berfikiran matang cari inisiatif jumpa darah dagingnya sendiri.

aa
Semoga Syawal ini, Jimmy dan Suhaila dapat berbaik-baik walau hanya untuk sehari agar anak mereka dapat merasai kenikmatan berhari raya bersama ayah dan ibu. Raya kan sebulan. Cubalah untuk mencari masa terbaik untuk berhari raya bersama-sama. Kalau tak mahu buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak anda berdua. Kredit berita Mingguan Malaysia.

July 12th, 2011

tuduhan melampau kepada jimmy shanley

Nak percaya memang tak boleh, tetapi daripada info yang diberikan, khabarnya lelaki yang membuat tuduhan kepada Jimmy Shanley di atas ialah pakcik saudara isteri Jimmy Shanley. Jika anda membaca tulisan di atas, nampak sangat emosi sedang menguasai si penulis.

Sukar untuk Abang Nara mempercayai tuduhan yang dilemparkan. Diharapkan agar identiti sebenar lelaki di atas dapat dikenalpasti agar nama baik Jimmy Shanley tidak tercemar.

June 26th, 2011

anak jimmy shanley

Menurut makcik merah yang paling merah di dunia ini, Redmummy, isteri Jimmy Shanley telah selamat melahirkan anak perempuan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Menurut Redmummy lagi, Jimmy telah dapat berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Zahrah Shanley. Mungkin akibat terharu, Jimmy menangis kegembiraan menatap wajah anaknya.

Apa pun semoga kelahiran anak Jimmy Shanley dan isteri akan menjernihkan kembali hubungan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Nanti Abang Nara akan update gambar anak Jimmy Shanley jika ada. Terima kasih kepada Redmummy untuk info ini. Kalau dia tipu maka Abang Nara pun tipulah jugak. Hehehehe.