August 20th, 2012

Di kala kita semua sedang bergembira menyambut Hari Raya, Abang Nara agak sedih membaca kata-kata Suhaila, isteri Jimmy Shanley di Mingguan Malaysia semalam. Menurut Suhaila, Jimmy tak pernah bertanya khabar dia dan anaknya sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Sedih kan?

suhaila jimmy

Syawal kali ini, Suhaila tidak mengharapkan keajaiban untuk suaminya datang berhari raya bersama dia dan anaknya. Kata Suhaila:-

Saya tak rasa dia akan datang jenguk kami. Dia tak ingat anak pun, sebab hari jadi Rania pada 24 Jun lalu pun dia tak wish. Nak call tanya pasal saya, jauh sekali. Jadi kesimpulannya, dia tak pernah sekalipun call tanya pasal anak. Sebenarnya, Jimmy tak bertanya khabar kami pun sepanjang Ramadan lalu. Saya memang dah jangka perkara yang sama ini berlaku, macam tahun lepas juga. Sebab itu saya mengharapkan dia boleh lepaskan saya dengan cara yang elok.

suhaila jimmy

Tambah menyedihkan apabila Abang Nara membaca kata-kata Suhaila di bawah apabila ditanya sama ada dia mempunyai inisiatif sendiri membawa Rania berjumpa dengan Jimmy Shanley:-

Ada, memang ada tapi bila bawa jumpa pun, bapa (Rania) macam tak ada rasa ingin nak jumpa anak dia. Jadi lebih baik tak payah. Lagi pun Rania kecil lagi. Sepatutnya, bapa yang berfikiran matang cari inisiatif jumpa darah dagingnya sendiri.

aa
Semoga Syawal ini, Jimmy dan Suhaila dapat berbaik-baik walau hanya untuk sehari agar anak mereka dapat merasai kenikmatan berhari raya bersama ayah dan ibu. Raya kan sebulan. Cubalah untuk mencari masa terbaik untuk berhari raya bersama-sama. Kalau tak mahu buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak anda berdua. Kredit berita Mingguan Malaysia.


85 responses to “Jimmy Tak Pernah Tanya Khabar Sepanjang Ramadhan – Suhaila”

  1. mami says:

    aku rase motip suhaila kat sini x lain dan x bukan nak suh jimmy lepaskan die jer…abes citer…kalau dah tak tanya kabar berita langsung, baiklah lepaskan ajer..janganlah digantung tak bertali……

  2. K says:

    kalo bepisah juga…semoga Jimmy dapat hak penjagaan anaknya tu… hmmm…

Loading...