August 7th, 2013

Fuh ~~ Memang comel sangat-sangat anak Jimmy Shanley nie. Macam Jimmy Shanley versi perempuan. Cute!!! Rasa nak cubit-cubit je. Dan tahun ini, Jimmy Shanley buat pertama kalinya akan berhari raya bersama dengan anaknya, Zahra Rania yang kini sudah berusia 2 tahun.

zahra rania

Berkata kepada Utusan Malaysia, Jimmy mengakui berdebar-debar. Kata Jimmy:-

Memang kali ini lebih bermakna memandangkan saya akan beraya dengan anak saya buat kali pertama. Kalau nak diikutkan memang agak janggal sebenarnya untuk membeli persiapan seperti baju raya untuk anak saya, tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman baru. Masih lagi rasa berdebar-debar sebab ini pertama kali kami beraya berdua

zahra rania
Walaupun hanya akan berhari raya bersama-sama sehingga raya kedua, Abang Nara rasa itu pun dah cukup dah kot. Yang penting ada giliran. Abang Nara tengok Jimmy pun bahagia sekarang melayan keletah anaknya. Untuk makluman, buat masa ini dalam masa seminggu, Zahra akan bersama Jimmy untuk 3 hari.

Setiap minggu saya akan bersama Zahrah selama tiga hari, walaupun terdetik juga rasa rindu saya akan pastikan waktu dia bersama ibunya tidak diganggu. Soal kepayahan menjadi bapa tunggal ini tidak terlalu terasa memandangkan keluarga sentiasa membantu saya

Bagus Jimmy. Jangan diganggu giliran Zahra dengan ibunya. Patuhi syarat dan peraturan. Kepada Jimmy, selamat berhari raya buat pertama kali dengan anak anda. Jangan lupa bagi duit raya lebih sikit. Beberapa lagi gambar aksi comel mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
zahra raniaP.S: Dapatkan majalah Media Hiburan di atas secara digital di Emall Karangkraf dengan harga SERENDAH RM2.80. Boleh baca di kala menunggu kedatangan tetamu di Hari Raya ini.

zahra rania
zahra rania
zahra rania

Advertisement
May 10th, 2013

Mak bapak bergaduh, yang jadi mangsa ialah anak. Abang Nara pelik sungguh dengan Jimmy Shanley dan Suhaila ini. Mereka berdua tidak fikir ke kesan negatif yang dialami oleh anak mereka? Kesian sungguh si comel Zahrah Rania.

jimmy shanley

Walaupun mahkamah sudah memutuskan yang Jimmy Shanley mempunyai hak untuk bermalam bersama anaknya, Suhaila memberitahu yang dia merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak mereka. Kata Suhaila:-

Saya mahu proses menjaga Zahrah secara bersama dilakukan dengan ikhlas demi kebajikannya kerana tetapi saya merasakan Jimmy tidak ikhlas menjaga anak kami dan tidak pernah bertanya khabar tentangnya. Malah apabila saya maklumkan anak dimasukkan ke hospital pada 16 April lalu dia langsung tidak datang atau bertanya tentang kesihatan Zahrah. Tetapi sebaliknya dia boleh menghantar SMS marah-marah dan tidak menghiraukan mesej yang saya sampaikan mengenai tarikh hari lahir anak kami.

anak jimmy shanleyBuat pengetahuan anda, sehingga ke hari ini, Jimmy masih belum dapat berjumpa dengan anaknya walaupun mahkamah sudah membenarkan. Suhaila ada alasannya tersendiri mengenai perkara ini. Kata Suhaila lagi kepada Mstar Online:-

Saya membuat permohonan agar hak bermalam dengan Jimmy ditangguhkan hanya semata-mata kerana kesihatan dan kebajikan Zahrah. Malah perintah itu bukan dibuat secara kekal sebaliknya hanya sementara dia menguruskan dirinya memandangkan umurnya baru setahun 11 bulan. Tambahan pula Jimmy tinggal seorang diri dan dia selalu tiada di rumah. Malah keadaan rumahnya yang tidak terurus menyebabkan saya bimbang keselamatan anak.

Abang Nara rasa, kalau susah sangat nak jaga anak korang nie, baiklah bagi orang lain jaga. Ramai kot nak jaga budak comel macam Zahrah Rania nie. Patutnya Jimmy dan Suhaila bertolak ansur dan ikut sahajalah keputusan mahkamah. Orang kat luar sana berapa banyak yang berendam air mata kerana kahwin tak dapat-dapat anak. Ini korang bergaduh tak tentu pasal. Kesian anak korang yang mendapat impak negatif kerana pergaduhan anda berdua.

Advertisement
April 8th, 2013

Pastinya keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ini amat mengecewakan buat Jimmy Shanley. Mahkamah telah memberikan hak penjagaan penuh anak perempuannya iaitu Zahrah Rania Shanley yang  berusia setahun sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila.
jimmy shanleyNamun begitu, Jimmy Shanley mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu. Kata Hakim Syarie Mawardi Che Man:-

Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis, 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir

Kira oklah tue kan? Akhirnya dapat juga Jimmy bermalam bersama dengan anaknya. Semoga dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak selepas ini dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.

Advertisement
January 30th, 2013

Sejak jadi seorang ayah, Abang Nara makin memahami perasaan Jimmy Shanley. Pasti sedih apabila hanya dapat berjumpa dengan anak sendiri selama 2 jam sahaja. Tak sempat nak melepaskan rindu di dada.

jimmy shanley

Namun daripada tak dapat bertemu langsung, at least 2 jam dapat jugaklah menatap wajah si anak. Daripada gaya kata yang dituturkan, seperti Jimmy tidak selesa kerana ibu mertuanya turut berada bersama ketika dia bertemu dengan anaknya. Kata Jimmy menerusi Harian Metro:-

Masa dua jam untuk saya berjumpa dengan anak tidak mencukupi. Saya mengandaikan dapat bermalam dengan anak, tapi tidak dapat sebab bekas ibu mertua ada bersama. Sebab itu saya putuskan tidak jumpa anak bila ibu mertua ada.

jimmy
Untuk makluman, kali terakhir Jimmy Shanley berjumpa dengan anaknya ialah pada 23 Januari lalu di rumahnya Putra Height, Subang Jaya. Ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kassim yang mengambil inisiatif mengatur pertemuan ini. Abang Nara respek sungguh dengan usaha Datin Muniroh yang sanggup berbuat demikian.

Advertisement