Written by AbangNara | December 2nd, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Betty Benafe dan suami yang kini telah pun bergelar ibu dan ayah dengan kelahiran puteri sulung mereka. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Betty sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Pastinya mereka berdua sedang berada di dalam keadaan teruja.

anak betty benafe

Dengan caption “Alhamdulillah.. Finally one happy family Insyallah.. Amin“, puteri sulung Betty Benafe ini selamat dilahirkan pada 1 Disember 2013. Daripada gambar yang dikongsikan, nampak seperti si ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

anak betty benafe

Tahniah sekali lagi buat Betty dan Dargus atas kelahiran cahaya mata mereka. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa. Jaga diri dan jaga anak elok-elok. Tahniah!!!

Written by AbangNara | November 19th, 2013

Pastinya Betty Benafe dan suami, Bruce Dargus berada di dalam keadaan yang amat teruja sekarang ini. Mana tidaknya, tidak lama lagi mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah. Teringat Abang Nara kenangan ketika isteri disahkan mengandung dahulu. Memang berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu hari kelahiran.

maternity shoot betty benafe

Abang Nara suka dengan gambar-gambar maternity shoot yang diambil oleh SazaStudio ini. Nampak menyegarkan, tenang dan jelas terserlah kasih sayang antara pasangan suami isteri ini. Semoga dengan kelahiran anak sulung mereka kelak, maka makin rapat hubungan mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

maternity shoot betty benafe

Lagi beberapa keping gambar maternity shoot Betty Benafe dan Bruce Dargus dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook SazaStudio.