October 5th, 2020

Menjadi ibu tunggal sememangnya bukan sebuah perkara yang mudah apatah lagi jika telah bertahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Begitulah kehidupan yang dilalui pelakon Betty Benafe apabila dia tampil mendedahkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Malah, Betty juga memberitahu bahawa dia keluar daripada perkahwinan itu sehelai sepinggang tanpa menuntut sebarang nafkah.

Dia yang kini mempunyai dua anak, Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus hanya berrharap Tuhan memberinya kesabaran dan kekuatan untuk membesarkan kedua-dua anak kesayangannya itu.

Betty dilihat telah berkongsi mengenai kehidupannya kini di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.

“Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa-apa nafkah mutaah dan lainnya. Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah,”

Dalam pada itu, dalam kapsyen panjang lebarnya itu turut terselit perasaan kecewa kerana masih ada individu di luar sana yang cuba menjatuhkannya.

Betty turut mengulas lanjut mengenai kehidupannya kini setelah bergelar ibu tunggal di mana dia menggalas banyak tanggungjawab yang perlu dipikul demi amanah yang telah dikurniakan Allah S.W.T.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Spa Q ini turut memberi bayangan mengenai hubungan dengan bekas suami bersama anak-anak bahawa tiada halangan untuk bapa kepada Julia dan Bruce itu untuk melawat dan meluangkan masa meskipun tidak pernah mempersoalkan mengenai isu nafkah kedua anaknya itu.

“Tiada had untuk bertemu anak atas belas kasihan yang di pinta oleh Allah walaupun wang nafkah anak yang aku tak persoalkan bulan bulan hingga masalah selesai. Aku tidak mnegeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdullilah,”

Betty dan suami sebelum ini telah berpisah pada tanggal 10 Julai 2019 selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...