April 21st, 2020

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi Alvin Chong dan Emma Maembong bersahabat baik.

emma maembong unfollow alvin chong

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul gosip mengatakan hubungan mereka sudah renggang selepas Emma dilihat tidak lagi mengikuti Alvin di akaun Instagram. Ramai yang ingin tahu apakah yang terjadi antara mereka?

Advertisement

Tampil menjelaskan apa yang berlaku dan menjawab persoalan berkaitan spekulasi tersebut, Alvin memberitahu mengatakan bahawa Emma sudah lama ‘unfollow’ semua orang di Instagram dan itu adalah haknya untuk berbuat demikian. Pada Alvin, persahabatan tidak sepatutnya dinilai melalui laman sosial semata-mata.

emma maembong unfollow alvin chong

Emma memang dah lama unfollow semua orang, bagi saya itu adalah haknya. Persahabatan saya dan Emma tidak boleh di ambil kira berdasarkan laman sosial.

Jelas Alvin, hubungannya dengan aktres itu masih lagi baik dan mereka kerap berhubung seperti biasa sebagai rakan meskipun Emma sudah berkahwin.

emma maembong unfollow alvin chong

Advertisement

Kami ada sahaja berhubung seperti biasa sebagai rakan, apa yang dia nak buat dalam talian adalah haknya. Tak semestinya kami tidak berkawan kalau dia tak follow saya pun.

Bila dah kahwin, tidak semestinya kita harus “buang” sahabat yang rapat serta pernah susah senang bersama. Tidak ‘follow’ di sosial media juga tidak bermakna hubungan seseorang itu bermasalah atau renggang.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
April 5th, 2019

Sebagai salah seorang teman yang paling rapat dengan Emma Maembong, pelakon Alvin Chong turut terkena tempias kontroversi pelakon wanita itu membuka tudung selepas lima tahun berhijab.

Alvin mengakui menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang meminta beliau untuk menasihati Emma.

Advertisement

Bagaimanapun, beliau enggan melayan permintaan itu dan meminta peminat menerima Emma seadanya. Tidak perlu untuk menentukan hala tuju kehidupan orang lain.

Benar, saya ada bercakap dengan Emma mengenai kekeliruan yang dialaminya. Emma ada sebab tersendiri mengapa keputusan itu (menanggalkan hijab) diambil. Berilah masa kepada Emma untuk membuat keputusan dalam hidupnya sendiri.

Apabila diajukan peminat mengenai hal ini, saya berterus terang dan meminta mereka menerima Emma seadanya. Janganlah kita cuba menukar dan menentukan hala tuju hidup artis diminati. Sebaliknya, doakan yang terbaik buat mereka.

Tidak salah untuk menasihati orang tetapi janganlah terlalu memaksa mereka untuk berubah secara drastik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
June 29th, 2018

Tidak cukup dihimpit dengan gosip percintaan bersama Emma Maembong, kini pelakon berbangsa Cina, Alving Chong yang semakin popular membintangi drama-drama Melayu dipaksa pula untuk memeluk agama Islam sehingga tahap perlu bersunat jika ingin berkawan rapat dengan Emma.

Agak kecewa dengan mentaliti sesetengah masyarakat yang masih lagi ‘sempit’ dan ‘cetek’,  Alvin menjelaskan isu agama adalah hak peribadinya yang harus dihormati tanpa sebarang desakan ataupun paksaan.

Advertisement

Isu sering orang cakap pada saya adalah mengenai agama. Ramai bertanya, pintu hati saya tidak terbuka hatikah untuk memeluk Islam? Malah ada meminta saya ‘bersunat’ terlebih dulu kalau mahu berkawan dengan Emma Maembong. Saya ada ramai kenalan beragama Islam, malah pengurus saya sendiri seorang mualaf. Islam adalah agama indah tapi ia bukan masa saya lagi.

Kalau ada yang berniat untuk Alvin cuba memahami ataupun mempelari agama Islam sekalipun, lakukanlah dengan cara yang lebih berhemah. Bak kata Alvin, janganlah terlalu memaksa bab agama.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
May 22nd, 2018

Walaupun mengakui beliau sudah tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Kamal Adli dan berstatus solo kini, kisah peribadi pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi tumpuan peminat.

Mana tidaknya, beliau masih kelihatan sangat rapat dengan Kamal ibarat pasangan kekasih tetapi pada masa yang sama begitu mesra dengan lelaki lain sehingga pernah digosipkan bercinta dengan Alvin Chong.  Benarkah beliau tidak menjalinkan sebarang hubungan percintaan?

Advertisement

Saya solo. Tiada sesiapa pun yang istimewa. Lagipun, saya dah tak ada fikir ke arah itu (bercinta pada masa ini). Kalian selalu bertanyakan hal peribadi kepada saya, tetapi sekarang saya tidak ada pun yang nak dikongsikan.

Saya dengan Kamal memang masih berkawan. Kalau dia mengajak saya keluar, saya masih keluar walaupun tiada sebarang perhubungan istimewa. Tak pernah sesekali saya mahu menyekat sesiapa untuk berkawan. Saya masih berkawan dengan semua orang.

Sampai masa, kalau ada orang masuk meminang, saya kahwinlah. Memang tidak ada letak sebarang harapan.

Terdahulu, ada sesetengah netizen melabelkan Emma sebagai “playgirl” kerana sering berdalih tentang soal cintanya tetapi masih ingin memuat naik foto-foto mesra dan “sweet” bersama Kamal  dan lelaki lain.

Sumber Berita : Kosmo

Advertisement