Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kontroversi Buka Tudung : Peminat Suruh Alvin Chong Nasihat Emma Maembong

Sebagai salah seorang teman yang paling rapat dengan Emma Maembong, pelakon Alvin Chong turut terkena tempias kontroversi pelakon wanita itu membuka tudung selepas lima tahun berhijab.

Advertisement

Alvin mengakui menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang meminta beliau untuk menasihati Emma.

Bagaimanapun, beliau enggan melayan permintaan itu dan meminta peminat menerima Emma seadanya. Tidak perlu untuk menentukan hala tuju kehidupan orang lain.

Benar, saya ada bercakap dengan Emma mengenai kekeliruan yang dialaminya. Emma ada sebab tersendiri mengapa keputusan itu (menanggalkan hijab) diambil. Berilah masa kepada Emma untuk membuat keputusan dalam hidupnya sendiri.

Apabila diajukan peminat mengenai hal ini, saya berterus terang dan meminta mereka menerima Emma seadanya. Janganlah kita cuba menukar dan menentukan hala tuju hidup artis diminati. Sebaliknya, doakan yang terbaik buat mereka.

Advertisement

Tidak salah untuk menasihati orang tetapi janganlah terlalu memaksa mereka untuk berubah secara drastik.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. haha

    April 7, 2019 at 5:25 pm

    aduh..peminat pon sama jugak tak betul. buat apa suruh si alvin tu..dia bukannya islam..org yang paling layak dan patut ialah ayahnya sendiri. nanti jangan lupa alam lagi satu tu nanti akan ditanya kenapa tak nasihatkan anak sendiri.

  2. anon

    April 7, 2019 at 3:34 pm

    peminat bengap mana yg suruh alvin nasihat …?? rupanya nya fan dia pun macam tak sekolah ..kah kah
    si perempuan ni merenyam nak free hair sbb salah satu dia nak tackel orang2 macam alvin
    bila pakai tudung ada dia bole gambar macam tu …dah tentuuu tak kan
    bengap betul fan si tak sekolah ni

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top