April 22nd, 2020

Belum reda lagi isu topeng muka bocor, nama Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan di media sosial. Aliff sekali lagi didakwa menipu semasa membuat promosi produk kurus miliknya menerusi Live di Instagram.

aliff syukri tak berani minum produk sendiri

Dalam video tersebut, Aliff berkongsi dengan penonton tentang minuman yang diambil untuk kurus. Bagaimanapun, dapat dilihat dengan jelas dia tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana ‘sachet’ tersebut diikat dengan getah.

Netizen dakwa Aliff kantoi menipu lagi, tak berani minum produk sendiri

aliff syukri dikecam menipu aliff syukri minum tidak buka getah aliff syukri minum tidak buka getah aliff syukri minum tidak buka getah

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Aliff ingin menjual produk sendiri tetapi tidak berani menggunakannya. Ada juga yang menganggap mungkin usahawan itu “pura-pura kurang bijak” untuk meraih publisiti murahan demi melariskan lagi produknya.

Tidak pasti apa perasaan Aliff ketika melakukan perkara begini. Kalau netizen kritik kata sengaja mencari kesalahannya pula. Apa-apa pun, harapnya dia ada penjelasan kukuh disebalik tindakannya itu.

April 22nd, 2020

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk selepas kantoi cuba menjual topeng muka bocor. Malah, video demonstrasi Aliff turut mendapat perhatian dunia dan tular di laman komuniti terkemuka, Reddit sehingga menjadi bahan jenaka ramai.

aliff syukri face mask bocor

Menerima kecaman yang tidak henti sehingga ada yang melabelkannya penipu, Aliff tampil memberi penjelasan mengenai isu berkenaan. Dia tidak sangka topeng itu akan bocor selepas dicurahkan air.

Menurutnya lagi, topeng muka berharga RM25 itu belum dijual kerana masih dalam peringkat ujian dan sebelum ini dia hanya membuka tempahan ‘pre-order’ sahaja. Aliff memohon maaf atas apa yang berlaku dan dia juga telah memutuskan untuk tidak menjual produk tersebut.

Dalam pada itu, Aliff  turut merayu kepada netizen supaya berhenti mencari kesalahannya dan melemparkan tohmahan terhadap dirinya.

Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada Aliff kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan. Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

April 20th, 2020

Nampaknya isu Datuk Seri Aliff Syukri kantoi menjual topeng muka “kalis air” yang bocor terus hangat diperkatakan.

aliff syukri topeng muka bocor

Memang ramai yang tidak boleh lupa bagaimana reaksi usahawan itu yang tidak puas hati apabila tiba-tiba melihat air menitis ke bawah menembusi topeng. Untuk mengelak rasa malu dan menutup kesalahannya, dia cepat-cepat ‘cover line’ dan memotong buah mangga.

Memang teruk betul dia dikecam dan video tersebut juga mendapat perhatian dunia selepas tular di  laman komuniti internet terkemuka, Reddit. Aksi Aliff itu dijadikan bahan jenaka ramai.

aliff syukri reddit aliff syukri reddit aliff syukri reddit

Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada Aliff kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.

Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

April 20th, 2020

Baru-baru ini, viral video Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan demonstrasi topeng muka miliknya yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping. Malangnya, demonstrasi itu gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa “kalis air”. Jelas kelihatan ia sememangnya bocor.

da'i wan sound aliff syukri topeng muka

Insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada usahawan itu kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.

Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

Aliff dinasihatkan untuk segera bertaubat dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah menonton dan mendengar ‘marketing’ itu. Salah kerana wujudnya penipuan ketika mengiklankan produknya.

Terdahulu, tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan eksperiman yang sama ke atas topeng muka “standard’ yang selalu digunakan tetapi akhirnya dia terdiam apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.

da'i wan sound aliff syukri topeng muka

Mungkin malu dengan kenyataannya yang ‘overclaim’ produk, Aliff bertindak dengan cepat menutup kesalahannya dengan memotong buah mangga.