Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk selepas kantoi cuba menjual topeng muka bocor. Malah, video demonstrasi Aliff turut mendapat perhatian dunia dan tular di laman komuniti terkemuka, Reddit sehingga menjadi bahan jenaka ramai.
Menerima kecaman yang tidak henti sehingga ada yang melabelkannya penipu, Aliff tampil memberi penjelasan mengenai isu berkenaan. Dia tidak sangka topeng itu akan bocor selepas dicurahkan air.
Menurutnya lagi, topeng muka berharga RM25 itu belum dijual kerana masih dalam peringkat ujian dan sebelum ini dia hanya membuka tempahan ‘pre-order’ sahaja. Aliff memohon maaf atas apa yang berlaku dan dia juga telah memutuskan untuk tidak menjual produk tersebut.
View this post on InstagramAdvertisement
Dalam pada itu, Aliff turut merayu kepada netizen supaya berhenti mencari kesalahannya dan melemparkan tohmahan terhadap dirinya.
Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada Aliff kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan. Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

Suriani Izwan
April 22, 2020 at 11:52 pm
Pandai ja nk suh kita tgk kt channel dia..mmg x la..dlm keadaan ne pon nk mek kesempatan jana duit lgi suh org tgk channel youtube dia
Anonymous
April 22, 2020 at 11:40 am
bitter gila Mat Katang ni. mesti huduh muka ko ni. apasal plak ko beria2 sangat sentap. orang tu dah admit silap dia sudahlah. jangan tunjuk sangat muka huduh ko tu. katang kalau huduh jiwa dan raga buat apa. kerengga pun katang kalau ko tengok betul2. itulah level ko
Mat Katang
April 22, 2020 at 10:53 am
eh melayu belut bodoh ni.
acah2 jd mangsa.
padahal marketing je ni.
biasalah melayu yg jilat belut ni sayang sgt dia.
sanggup beli walau kena tipu