April 22nd, 2020

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk selepas kantoi cuba menjual topeng muka bocor. Malah, video demonstrasi Aliff turut mendapat perhatian dunia dan tular di laman komuniti terkemuka, Reddit sehingga menjadi bahan jenaka ramai.

aliff syukri face mask bocor

Menerima kecaman yang tidak henti sehingga ada yang melabelkannya penipu, Aliff tampil memberi penjelasan mengenai isu berkenaan. Dia tidak sangka topeng itu akan bocor selepas dicurahkan air.

Menurutnya lagi, topeng muka berharga RM25 itu belum dijual kerana masih dalam peringkat ujian dan sebelum ini dia hanya membuka tempahan ‘pre-order’ sahaja. Aliff memohon maaf atas apa yang berlaku dan dia juga telah memutuskan untuk tidak menjual produk tersebut.

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1mask pun x terjual- – Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. – – Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. – – Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…Untuk mengetahi lebih lanjut lagi perkara yang sebenar malam ini abang akan posting dekat YouTube abang mengenai masalah ini 08:00 malam ini jangan lupa tengok

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dalam pada itu, Aliff  turut merayu kepada netizen supaya berhenti mencari kesalahannya dan melemparkan tohmahan terhadap dirinya.

Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada Aliff kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan. Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

April 20th, 2020

Nampaknya isu Datuk Seri Aliff Syukri kantoi menjual topeng muka “kalis air” yang bocor terus hangat diperkatakan.

aliff syukri topeng muka bocor

Memang ramai yang tidak boleh lupa bagaimana reaksi usahawan itu yang tidak puas hati apabila tiba-tiba melihat air menitis ke bawah menembusi topeng. Untuk mengelak rasa malu dan menutup kesalahannya, dia cepat-cepat ‘cover line’ dan memotong buah mangga.

Memang teruk betul dia dikecam dan video tersebut juga mendapat perhatian dunia selepas tular di  laman komuniti internet terkemuka, Reddit. Aksi Aliff itu dijadikan bahan jenaka ramai.

aliff syukri reddit aliff syukri reddit aliff syukri reddit

Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada Aliff kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.

Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

April 20th, 2020

Baru-baru ini, viral video Datuk Seri Aliff Syukri menunjukkan demonstrasi topeng muka miliknya yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping. Malangnya, demonstrasi itu gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa “kalis air”. Jelas kelihatan ia sememangnya bocor.

da'i wan sound aliff syukri topeng muka

Insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin yang membuat teguran secara terbuka kepada usahawan itu kerana bersikap tidak jujur dalam perniagaan.

Menurut Da’i Wan, Aliff telah melakukan penipuan secara terang-terangan dan menyifatkan tindakannya itu satu dosa besar serta haram di sisi Islam.

Aliff dinasihatkan untuk segera bertaubat dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah menonton dan mendengar ‘marketing’ itu. Salah kerana wujudnya penipuan ketika mengiklankan produknya.

Terdahulu, tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan eksperiman yang sama ke atas topeng muka “standard’ yang selalu digunakan tetapi akhirnya dia terdiam apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.

da'i wan sound aliff syukri topeng muka

Mungkin malu dengan kenyataannya yang ‘overclaim’ produk, Aliff bertindak dengan cepat menutup kesalahannya dengan memotong buah mangga.

April 20th, 2020

Sejak penularan wabak COVID-19, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual topeng muka dan ‘hand sanitizer’. Kedua-dua barang ini memang banyak permintaan dan ibarat pisang goreng panas.

aliff syukri topeng muka bocor

Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak ketinggalan untuk menjual produk terbarunya iaitu topeng muka yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping.

Seperti biasa, Aliff mempromosikan produk itu di Instagram Live dan mendakwa topeng muka tersebut tidak boleh ditembusi virus COVID-19 kerana mempunyai dua lapisan. Dia membuat demonstrasi membuktikan topeng keluarannya itu tidak berjaya ditembusi angin.

Selepas itu, netizen mencabarnya melakukan ujian kalis air untuk melihat benar atau tidak topeng itu mampu menghalang air daripada menembusinya. Malangnya “eksperimen” tersebut gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa “kalis air”. Memang dengan jelas kelihatan ia bocor.

Tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan  eksperiman yang sama ke atas topeng muka “standard’ yang selalu digunakan. Nampaknya, sekali lagi dia terkedu apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.

“Kantoi menipu, berniaga tidak jujur” – Netizen

aliff syukri topeng muka bocor aliff syukri topeng muka bocor aliff syukri topeng muka bocor

Seperti sudah dijangka, video tersebut tular di media sosial dan Aliff dikecam teruk oleh netizen. Mereka meminta Aliff untuk lebih jujur dalam perniagaan, jangan menipu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Biasalah, ahli perniagaan pasti akan gunakan pelbagai cara untuk melariskan produk mereka. Kita sebagai pengguna haruslah bijak untuk membuat pilihan sendiri untuk beli ataupun tidak.