April 20th, 2020

Sejak penularan wabak COVID-19, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual topeng muka dan ‘hand sanitizer’. Kedua-dua barang ini memang banyak permintaan dan ibarat pisang goreng panas.

aliff syukri topeng muka bocor

Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak ketinggalan untuk menjual produk terbarunya iaitu topeng muka yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping.

Seperti biasa, Aliff mempromosikan produk itu di Instagram Live dan mendakwa topeng muka tersebut tidak boleh ditembusi virus COVID-19 kerana mempunyai dua lapisan. Dia membuat demonstrasi membuktikan topeng keluarannya itu tidak berjaya ditembusi angin.

Selepas itu, netizen mencabarnya melakukan ujian kalis air untuk melihat benar atau tidak topeng itu mampu menghalang air daripada menembusinya. Malangnya “eksperimen” tersebut gagal apabila air yang dituang menitis ke bawah menembusi topeng yang didakwa “kalis air”. Memang dengan jelas kelihatan ia bocor.

Tidak mahu kalah dan bengang dengan komen netizen, Aliff sekali lagi melakukan  eksperiman yang sama ke atas topeng muka “standard’ yang selalu digunakan. Nampaknya, sekali lagi dia terkedu apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor.

“Kantoi menipu, berniaga tidak jujur” – Netizen

aliff syukri topeng muka bocor aliff syukri topeng muka bocor aliff syukri topeng muka bocor

Seperti sudah dijangka, video tersebut tular di media sosial dan Aliff dikecam teruk oleh netizen. Mereka meminta Aliff untuk lebih jujur dalam perniagaan, jangan menipu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Biasalah, ahli perniagaan pasti akan gunakan pelbagai cara untuk melariskan produk mereka. Kita sebagai pengguna haruslah bijak untuk membuat pilihan sendiri untuk beli ataupun tidak.


4 responses to “Kantoi Jual Topeng Muka RM25 Tidak Kalis Air, Aliff Syukri Dikecam Teruk”

  1. Mat Katang says:

    mana melayu bodoh tu?
    nk sokong lagi ke penipu ni?
    dia bayar zakat pakai duit menipu org. hmmmm

  2. anonymous says:

    bodo

  3. Remy Sahrul says:

    Terbaeks la dato.kami rakyat malaysia menyokong dato.trima kasih membantu kami di waktu begini.doakan dato sihat aja

  4. kesian says:

    nampak sangat alif syukri ni seorang peniaga yg x jujur, x boleh terima teguran, cepat salahkan orang lain, sanggup kaya walaupon menipu (overclaim tu adalah menipu), & tidak berfikir panjang sehingga menampakkan kebodohannya iaitu 1. x buat kajian atas produk sendiri sebelum di’kilang’kan secara besar besaran 2. tidak menitikberatkan perkara2 penting seperti sterilization of the product (ni berdasarkan cara pengendalian mask with bare hand) 3. mempromosikan barang PPE dengan zero knowledge tentang cara pengendalian yg sepatutnya.
    kalau saya jadi lecturer untuk student business, saya akan failkan pelajar macam alif syukri untuk kes ini, supaya pelajar saya belajar dari kesilapan & tidak akan menanggung kerugian yg besar.
    saya harap alif syukri belajar dari kesilapan, berhenti menunding jari pada sesiapa, cari pekerja yg betul2 layak sebagai penasihat atau at least dapatkan pandangan yg pakar dalam sesuatu bidang from a to z, bukan hanya jual membabi buta tanpa zero knowledge. semoga alif syukri terus sukses bila da berubah menjadi peniaga yg jujur.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...