April 15th, 2020

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila netizen mula mengaitkan pengasas kosmetik Bonda Rozita Ibrahim, dalam isu rumah tangga anaknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan juga Datin Seri Nur Shahida. Lebih panas, netizen juga spekulasi nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah ditujukan kepada menantunya.

bonda rozita ibrahim unfollow menantu

Terbaru, Bonda Rozita menegaskan hubungannya dengan menantu masih baik dan tidak timbul sebarang isu. Dia bengang apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan hubungan mereka.

Pada masa yang sama, dia merasa begitu pelik mengapa tindakannya ‘unfollow’ akaun Instagram Shahida baru-baru ini menjadi satu isu yang hangat sehingga diperkatakan ramai.

bonda rozita bergaduh menantu bonda rozita ibrahim shahida bonda rozita ibrahim unfollow menantu

Rumah tangga Aliff dan Shahida dikatakan berantakan sejak beberapa bulan lalu selepas kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing. Tidak lama kemudian, Bonda Rozita pula dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya dan  seakan-akan memberikan bayangan punca keretakan rumah tangga pasangan itu.

April 14th, 2020

Kemelut rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida terus hangat diperkatakan. Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu.

aliff syukri rumah tangga

Lebih membuatkan spekulasi terus tercetus apabila ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim, dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya dan ia sekaligus menguatkan lagi desas-desus rumah tangga pasangan ini sedang berantakan.

Sejak semalam, kecoh  tentang kata-kata nasihat Bonda Rozita yang mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tidak setia. Rata-rata netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan buat Shahida.

aliff syukri beri amaran

Pelbagai spekulasi tercetus termasuk tersebarnya surat tuntutan cerai, Aliff menerusi Insta Story di Instagram memuat naik status memberi amaran, agar tiada pihak terus menyebarkan sebarang berita tidak benar kerana menurut Aliff isu tersebut bukanlah bermula darinya.

Malah, dia memberi amaran untuk tidak melibatkan keluarganya dala kontroversi rumahtangga.

bonda rozita perli isteri aliff syukri

Terdahulu, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya ‘unfollow’ akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

April 14th, 2020

Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, ada sahaja perkara yang dilakukannya pasti akan membangkitkan kemarahan ramai.  Ramai menganggap ia mungkin salah satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.

aliff syukri bunuh diri

Bagaimanapun, Aliff menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini mengakui dia berasa tertekan sering menjadi mangsa kecaman netizen.

“Kenapa korang semua cari kesalahan saya. Rasa macam nak bunuh diri”

aliff syukri tertekan dikecam

Mempersoalkan mengapa orang ramai tidak henti mencari kesalahannya sehingga dirinya timbul rasa “bunuh diri”. Kehidupannya lebih banyak melibatkan perkara yang sedih berbanding gembira.

“Jangan takbur. Jangan ingat kita ada segalanya, hidup kita bahagia”

aliff syukri dikecam netizen aliff syukri dikecam netizen aliff syukri dikecam netizen aliff syukri bunuh diri

Rata-rata netizen menasihatinya agar tidak membuat keputusan melulu sebaliknya kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Harus muhasabah diri kerana setiap kontroversi yang menghimpit dirinya sebelum ini adalah kerana tindakan Aliff sendiri. Tidak perlu terlalu ingin meraih populariti.

“Drama apa lagi ni?”

aliff syukri bunuh diri aliff syukri bunuh diri

Namun, ada juga yang menganggap kenyataan itu sekadar gimik terbarunya. Sengaja ingin berdrama, meraih publisiti.

Aliff ketika ini sedang berdepan krisis rumah tangga dengan isteri Datin Nur Shahida. Difahamkan, isterinya sudah memfailkan tuntutan cerai dan kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

April 13th, 2020

Retak menanti belah, kontroversi rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida semakin rancak diperkatakan. Menguatkan spekulasi pasangan ini bakal berpisah adalah tindakan ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya.

bonda rozita perli isteri aliff syukri

Lebih panas, netizen sudah mula spekulasi nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah ditujukan kepada menantunya itu.

“Jangan harap kesetiaan dari orang yang tak boleh jaga diri”

bonda rozita perli datin seri shahida bonda rozita perli isteri aliff syukri

“Sepatutnya bonda jernihkan keadaan, kata menantu kesayangan”

bonda rozita perli isteri aliff syukri

Perkongsian yang dimuat naik oleh Bonda Rozita mendapat reaksi kurang senang dari netizen yang mendakwa ia ditujukan buat Shahida. Kata mereka, sebelum ini dia memuji menantunya dan sepatutnya dalam keadaan begini, Bonda Rozita harus menjernihkan keadaan dan bukannya memuat naik kenyataan sebegitu.

Terdahulu, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya ‘unfollow’ akaun Instagramnya dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

Sumber Berita : Forum CARI