Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, ada sahaja perkara yang dilakukannya pasti akan membangkitkan kemarahan ramai. Ramai menganggap ia mungkin salah satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.
Bagaimanapun, Aliff menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini mengakui dia berasa tertekan sering menjadi mangsa kecaman netizen.
“Kenapa korang semua cari kesalahan saya. Rasa macam nak bunuh diri”
Mempersoalkan mengapa orang ramai tidak henti mencari kesalahannya sehingga dirinya timbul rasa “bunuh diri”. Kehidupannya lebih banyak melibatkan perkara yang sedih berbanding gembira.
“Jangan takbur. Jangan ingat kita ada segalanya, hidup kita bahagia”
Rata-rata netizen menasihatinya agar tidak membuat keputusan melulu sebaliknya kembali kepada Allah Yang Maha Esa. Harus muhasabah diri kerana setiap kontroversi yang menghimpit dirinya sebelum ini adalah kerana tindakan Aliff sendiri. Tidak perlu terlalu ingin meraih populariti.
“Drama apa lagi ni?”
Namun, ada juga yang menganggap kenyataan itu sekadar gimik terbarunya. Sengaja ingin berdrama, meraih publisiti.
Aliff ketika ini sedang berdepan krisis rumah tangga dengan isteri Datin Nur Shahida. Difahamkan, isterinya sudah memfailkan tuntutan cerai dan kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Bunuh nyamuk
April 19, 2020 at 4:25 am
“Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.”
Baik ko g jilat lantai spital sungai buluh tu. Bersepah kuman covid. Pastu ko jgn wat swap test, gi mana2 hutan, mati sensorang kat situ tak menyusahkan org. Semak
Anonymous
April 15, 2020 at 11:07 am
Sebagai org beriman x wajar ckp nak bunuh diri. Datuk cth bg anak2. Kembali kpd Allah. Ini semua UjianNya. Semua org buat silap x de yg terkecuali. Yg sempurna hanya Baginda SAW. Bagindalah diri tauladan utk kita umat akhir zaman. Buang ego utk demi utk mendapatkan Rahmat dan Syafaat dr Allah dan Baginda SAW. Bersyukur dgn segala kelebihan yg Allah kurniakan kpd Datuk sekeluarga ygorg lain dambakan. InsyaAllah semua akan kembali pulih. Berlapang dadalah dgn setiap UjianNya.
Anonymous
April 15, 2020 at 10:40 am
Teruskan je bunuh diri.
Anonymous
April 14, 2020 at 8:03 pm
Sakit yg di cari sendiri..