May 9th, 2019

Selasa lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial  isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya.

Ramai juga yang terkejut apabila Aliff mengumumkan isterinya sedang hamil anak kembar. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Shahida di akaun Instagramnya, beliau memberitahu seorang bayi mungkin keguguran dan seorang lagi bayi masih dalam pemantaun doktor.

Shahida meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya dan bayi didalam kandungan.

Kami juga mendoakan segala urusan Shahida dipermudahkan dan semoga kandunganya selamat.

Sumber Berita : Astro Gempak

May 8th, 2019

Satu demi satu dugaan dan ujian menimpa jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini hasratnya untuk merahsiakan berita kehamilan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai satu kejutan tidak menjadi selepas Shahida mengalami pendarahan teruk mungkin disebabkan oleh tekanan.

Menerusi akaun Instagramnya, Aliff memberitahu selepas pemeriksaan imbasan kehamilan, doktor mengesahkan anak yang dikandung oleh isterinya ialah bayi kembar.  Namun, pendarahan yang berlaku memberikan risiko kepada kandungan tersebut yang berkemungkinan boleh gugur.

View this post on Instagram

tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..😰😰😰Dugaan 2 ramadhan . . . sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??😭…. Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan😔 doa kalian amat saya hargai.. . . tudung wife sy dari @cloverush baju sy dr @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Bimbang dengan apa yang berlaku, Aliff meminta doa orang ramai agar isterinya dan kandungan kembar selamat.

Aliff Syukri dan Shahida telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat. Anak bongsunya, Yusuf Al-Qardawi baru sahaja berusia 11 bulan.