Selasa lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya.
Ramai juga yang terkejut apabila Aliff mengumumkan isterinya sedang hamil anak kembar. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Shahida di akaun Instagramnya, beliau memberitahu seorang bayi mungkin keguguran dan seorang lagi bayi masih dalam pemantaun doktor.
Shahida meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya dan bayi didalam kandungan.
Kami juga mendoakan segala urusan Shahida dipermudahkan dan semoga kandunganya selamat.

Anonymous
May 10, 2019 at 8:53 am
masa 1 ke atau 2 minggu mcm tu sebelom Fasha kawen, korang2 semua menari sakan2 kan, tpi bini datuk ni x ingat ke diri tu dh hamil…
aurorarogers
May 10, 2019 at 8:09 am
Kalau apa2 jadi tu kt pregnancy nnt abis disalahkan netizen sebab membawang isu rotan anak smpi depa stress.. sendiri mengundang lps tu dh kena kecam acah2 innocent ckp org dengki kebahagiaan depa.. dh tak tau tahap apa seeking attention level dh depa ni..