Satu demi satu dugaan dan ujian menimpa jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini hasratnya untuk merahsiakan berita kehamilan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai satu kejutan tidak menjadi selepas Shahida mengalami pendarahan teruk mungkin disebabkan oleh tekanan.
Menerusi akaun Instagramnya, Aliff memberitahu selepas pemeriksaan imbasan kehamilan, doktor mengesahkan anak yang dikandung oleh isterinya ialah bayi kembar. Namun, pendarahan yang berlaku memberikan risiko kepada kandungan tersebut yang berkemungkinan boleh gugur.
Bimbang dengan apa yang berlaku, Aliff meminta doa orang ramai agar isterinya dan kandungan kembar selamat.
Aliff Syukri dan Shahida telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat. Anak bongsunya, Yusuf Al-Qardawi baru sahaja berusia 11 bulan.

YNA
May 9, 2019 at 11:05 am
aku geram je dengan dorang ni mcm salahkan netizen pulak..dah ko post kat ig,org ngo org jkm buta ke xboleh tengok sendiri.nak2 nye datin kemain marah dlm ig,bonda pun kemain bekap weh.alif pulak buat muke sedih konon time suap bini,alahai bosan kot 24jam hidup kena rakam
Ros
May 8, 2019 at 6:08 pm
Adela produk baru nak jual atas nama melayu islam bagai. haha aliff, rozita, sama jeler kome satu kampung bertemakan tenuk. Jadi kilang anak jelah ko shahida oi. What are you trying to achieve in this world aliff?
bravoo_girl
May 8, 2019 at 4:22 pm
Asyik nak salahkan orang je.. Selalu diri sendiri yg bt hal & cari publisiti… Marketing hebat ler katakan… Secara tak langsung aku tengok wife dia pun dah terikut2 cara di Aliff nie errmmm… Apa2 pun harap kandungan selamat…
JERNIH HEIGHTS SDN BHD
May 8, 2019 at 4:05 pm
lo ngandung lagi, x rehatke