February 28th, 2019

Pendedahan Bella Astillah di media sosial mengenai kecurangan suaminya, Aliff Aziz buat kali kedua mengundang rasa simpati ramai terhadapnya. Betapa rapuhnya hati Bella sehingga beliau sudah tawar hatiĀ  untuk meneruskan perkahwinannya dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir.

Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella, masih ada segelintir pihak yang mengkritik cara Bella meluahkan segala masalah rumah tangganya di media sosial. Mengapa perlu membuka aib suaminya?

Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi rumah tangganya itu. Katanya, niat Bella bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya ingin membuktikan kebenaran disebalik apa yang berlaku.

Kita tidak berada di tempat Bella dan tentu sekali tidak tahu apa kedukaan yang beliau tanggung. Kalau dipendam pun akan memudaratkan diri sendiri kan? Apa pula pendapat anda?

February 28th, 2019

Gara-gara kontroversi Aliff Aziz berlaku curang dengan isterinya Bella Astillah, nama penyanyi dan pelakon Alif Satar turut terjejas.

Sekali lagi netizen membuat jenaka yang sama kononnya mereka keliru dan menyangkakan kedua-duanya adalah individu yang sama. Sampaikan ada yang kata mereka tertipu dengan imej Alif Satar yang selalu keluar di kaca televisyen ketika solat Jumaat di Masjid Negara tetapi hakikatnya tidak setia kepada isteri. Teruk juga kecaman yang diterima.

Bengang dengan segala komen yang dilemparkan sedangkan suaminya tidak bersalah, isteri Aliff Satar iaitu Shadila Halid menerusi Insta Stories memberi respon berhubung isu tersebut. Shadila menyifatkan lawak mengaitkan suaminya itu sudah lapuk dan tidak lagi kelakar.

Hati isteri mana yang tidak marah sekiranya suami menerima pelbagai kecaman dan kritikan atas kesalahan yang beliau tidak lakukan? Mungkin netizen dah boleh berhenti ‘troll’ Alif Satar, memang tidak kelakar kalau dah mengguris hati orang lain.