Pendedahan Bella Astillah di media sosial mengenai kecurangan suaminya, Aliff Aziz buat kali kedua mengundang rasa simpati ramai terhadapnya. Betapa rapuhnya hati Bella sehingga beliau sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinannya dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir.
Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Bella, masih ada segelintir pihak yang mengkritik cara Bella meluahkan segala masalah rumah tangganya di media sosial. Mengapa perlu membuka aib suaminya?
Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi rumah tangganya itu. Katanya, niat Bella bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya hanya ingin membuktikan kebenaran disebalik apa yang berlaku.
Kita tidak berada di tempat Bella dan tentu sekali tidak tahu apa kedukaan yang beliau tanggung. Kalau dipendam pun akan memudaratkan diri sendiri kan? Apa pula pendapat anda?
Anonymous
March 1, 2019 at 9:48 am
media social bukan untuk cerita hal rumahtangga or personal..
Anonymous
March 1, 2019 at 8:17 am
klu bukan untuk aibkan ..kenapa perlu up kt media sosial isu rumah tangga sendiri?…kalu dh up kt media sosial tu dh mcm nk ajk stu malaysia join isu umh tangga dia plk…
HusnaJBC
February 28, 2019 at 7:23 pm
Tu lh bella ni kn meroyan bgai nnti2 maafkn pulok si alip.. Senyap2 gaduh sudahlh.. Mcm lh dia saje ade msalh #bukannkbckupotupusbknjugapipah
Just xbkenan tgk cra belaaa settle mslh