January 30th, 2020

Biarlah apa pun yang dikata, kalau hati sudah sayang pasti kita akan kembali kepada seseorang itu meskipun mendapat tentangan atau tidak disukai ramai. Begitulah juga dengan Bella Astillah yang berkata dia sedia menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz dengan hati yang terbuka.

bella astillah aliff aziz

Namun, ketika Bella menyatakan kesediaan untuk menerimanya lelaki itu ke pangkuannya semula, Aliff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran. Menerusi video yang tular, dia ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.

Bella berang digelar ‘bebal’

bella astillah aliff aziz

Ada segelintir netizen merasakan Bella tidak serik dengan apa yang berlaku. Untuk apa terus menjalinkan hubungan dengan Aliff dan hidup dalam derita? Malah, ada yang sudah ‘bosan’ dengan sikap wanita itu sehingga menggelarkannya dengan kata-kata kesat.

Berang dengan kecaman melampau tersebut, Bella menerusi Insta Story menegaskan keputusannya untuk berbaik dengan Aliff adalah kerana anak mereka. Dia meminta agar individu tersebut tidak mencampuri urusan mereka.

bella astillah digelar bebal

Terdahulu, Bella berkata  perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah bekas suaminya menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.

January 30th, 2020

Nama Aliff Aziz nampaknya tidak pernah reda dengan kontroversi dan sering menimbulkan satu demi satu kekecohan.

aliff aziz

Beberapa minggu lalu, viral video dia bertengkar mulut sambil menunjukkan kemaluan dan hampir bergaduh di hadapan restoran di Singapura masih segar dalam ingatan netizien. Tidak cukup dengan itu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran.

 

 

 

Agak dasyat juga pergaduhan kali ini, Aliff yang kelihatan memakai baju singlet putih dan seluar pendek berwarna biru dan memiliki tatu dibahagian belakang badan dikejar sehingga terjatuh dan ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum pergaduhan dileraikan oleh orang ramai. Ada sumber mengatakan, dia ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Tidak henti bergaduh sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya apa agaknya yang berlaku dalam kehidupan Aliff sehingga dia bertindak di luar kawalan?

Aliff alami gangguan mistik, terkena buatan orang?

bella astillah aliff aziz

Menerusi kenyataan di portal Harian Metro, bekas isterinya Bella Astillah memaklumkan bahawa bekas suaminya itu mengalami gangguan mistik. Terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.

Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.

aliff aziz

Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya.

Tidak dinafikan, walaupun zaman sudah moden memang  ada lagi manusia yang percaya dengan ilmu hitam. Bila seseorang itu terkena sihir, ia boleh menyakiti atau mempengaruhi badan, akal serta hati dan bertindak di luar kawalan. Mungkin itu juga yang dialami oleh Aliff sehingga kehidupannya kini huru-hara.

Sumber Berita : Harian Metro