January 30th, 2020

Biarlah apa pun yang dikata, kalau hati sudah sayang pasti kita akan kembali kepada seseorang itu meskipun mendapat tentangan atau tidak disukai ramai. Begitulah juga dengan Bella Astillah yang berkata dia sedia menerima semula bekas suaminya, Aliff Aziz dengan hati yang terbuka.

bella astillah aliff aziz

Namun, ketika Bella menyatakan kesediaan untuk menerimanya lelaki itu ke pangkuannya semula, Aliff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila bergaduh di kaki lima sebuah restoran. Menerusi video yang tular, dia ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki sebelum melarikan diri.

Bella berang digelar ‘bebal’

bella astillah aliff aziz

Ada segelintir netizen merasakan Bella tidak serik dengan apa yang berlaku. Untuk apa terus menjalinkan hubungan dengan Aliff dan hidup dalam derita? Malah, ada yang sudah ‘bosan’ dengan sikap wanita itu sehingga menggelarkannya dengan kata-kata kesat.

Berang dengan kecaman melampau tersebut, Bella menerusi Insta Story menegaskan keputusannya untuk berbaik dengan Aliff adalah kerana anak mereka. Dia meminta agar individu tersebut tidak mencampuri urusan mereka.

bella astillah digelar bebal

Terdahulu, Bella berkata  perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah bekas suaminya menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.


25 responses to “Bella Astillah Berang Digelar ‘Bebal’ Oleh Netizen”

  1. Anonymous says:

    bella anak sebagai alasan knp sebelum ni tdak tpkirkn benda tu??? aku sbgai wanita pun serik melihat aliff p kmu??/ npk sgt kmu tu yg kekeringan shingga snggup mjilat balik… bgun bella… kmu msh blh bhgia… hdup tnpa adanya lellki yg cmatu… klo sblm ni kmu bnr2 mnta di lepas p ni knp plak? apa kes? bnr lah kta urg sblm ni… kmu gila kontrovesi… hilang minat ku dgn kmu… jatuh rsanya maruah sbgai wanita… npk sgt kmu trpksa mncri lelaki…

  2. Anonymous says:

    Mmg bebal la ko bella

  3. Kapochi says:

    Lg baik ke, aku rasa lg teruk ada la.. Mcm2 hal dia buat.. Biasala, perempuan cair dipujuk.. Hmm pasni, mls sgt nak layan si bella ni.. Lantakla kena game 100kali pun.. Buang masa aku je.

  4. Anonymous says:

    Ye..berbaik ok..sbb ank..sbb x boleh pisah kan ayh & anak..
    Tp berbaik utk khwn semula,aku tetap ckp benda yg sama..ko bebal..

  5. Anonymous says:

    SETUJU

Loading...