August 24th, 2018

Beberapa hari lalu, nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat dan dihimpit kontroversi apabila seorang usahawan muda mendakwa Aliff menipu dan enggan memulangkan sejumlah wang yang dipinjamkan.

Pelbagai spekulasi liar mula timbul termasuklan sesetengah pihak yang mengutuk sikap artis itu. Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Aliff menerusi akaun Instagramnya menjelaskan jumlah wang yang beliau hutang itu agak kecil nilainya sedangkan apa yang usahawan itu lakukan telah menjejaskan namanya dan sekaligus membuatkan imejnya tercalar.

Menurut Aliff, apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja dan tidak masuk akal untuk beliau songlap wang tersebut berjumlah RM1,500 yang tidak boleh membeli kereta kancil sekali pun.

Aliff turut berharap agar netizen tidak terus membuat andaian sendiri mengenai isu tersebut tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

August 20th, 2018

Nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi kontroversi hangat apabila beliau didakwa menipu dan enggan memulangkan kembali wang yang dipinjam dari seorang usahawan muda.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Rashidi Ramli, Aliff beberapa kali merayu untuk meminjam duit daripadanya dan berjanji akan mempromosikan produk wangian individu itu dalam tempoh lapan minggu di akaun Instagramnya.

Merasa kasihan dengan keadaan Aliff yang sangat terdesak, usahawan tersebut meminjamkan ribuan ringgit kepada artis tersebut. Malangnya, Aliff tidak menunaikan janji yang telah dibuat dan boleh pula memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

Apa yang didakwa oleh Rashidi bukanlah sekadar cakap kosong sahaja, beliau ada menyertakan bukti mesej perbualan mereka di WhatsApp serta slip transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Aliff.

Bukan Rashidi seorang sahaj ditipu, malah beberapa rakannya termasuk pihak pengurus acara turut menjadi mangsa penipuan Aliff. Ketia itu Aliff dijemput sebagai artis jemputan namun pada saat akhir beliau telah membatalkannya dan menyebabkan pihak pengurusan acara itu megalami kerugian.

Adakah segala dakwaan ini benar? Betul ke Aliff sangat terdesak sehingga terpaksa menipu. Kami harap beliau dapat tampil memberikan penjelasan lanjut mengenainya.

Sumber Berita : Facebook Rashidi Ramli