August 24th, 2018

Beberapa hari lalu, nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat dan dihimpit kontroversi apabila seorang usahawan muda mendakwa Aliff menipu dan enggan memulangkan sejumlah wang yang dipinjamkan.

Pelbagai spekulasi liar mula timbul termasuklan sesetengah pihak yang mengutuk sikap artis itu. Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Aliff menerusi akaun Instagramnya menjelaskan jumlah wang yang beliau hutang itu agak kecil nilainya sedangkan apa yang usahawan itu lakukan telah menjejaskan namanya dan sekaligus membuatkan imejnya tercalar.

Menurut Aliff, apa yang berlaku hanya satu salah faham sahaja dan tidak masuk akal untuk beliau songlap wang tersebut berjumlah RM1,500 yang tidak boleh membeli kereta kancil sekali pun.

Aliff turut berharap agar netizen tidak terus membuat andaian sendiri mengenai isu tersebut tanpa mengetahui cerita yang sebenar.


22 responses to “Tuduhan Songlap Duit Tidak Masuk Akal, Tak Boleh Beli Kereta Kancil Pun – Aliff Aziz”

  1. minah senget says:

    antaq balik p negara asal dia..dia berlakon sini pun mcm kayu..dah songlap x nak ngaku plak. x blh blah ngan artis sorg ni,ek saja lebih

  2. joe says:

    cerita je terus, aku mmg papa kedana, tpi aku berlagak mcm org berada…palat org mcm ni

  3. Muka X Malu says:

    Org2 yg senang meminjam brhutang memang x malu. Muka tebal gile. Pikir susah dia je susah org dok anguk2 gelang2 je konon faham tpi…. Ckap x supe bikin.

  4. Anonymous says:

    Alasan….alasan……klu inda kau dmalukkan…kau tak kn ckp…..dah kna dmalukan dapan org bru kau tahu..padan muka mu

  5. Gossiper says:

    eleh..klu ade citer sebenar, story jela direct.. 1.5k pun nk tgu explain seminggu kendian ke?

Loading...