March 8th, 2010

kecik johan raja lawak 4

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kecik akhirnya dinobatkan selaku johan @ juara Raja Lawak Musim Ke 4 sebentar tadi. Idlan Pon Pon pulak membawa balik trofi naib johan sementara Alex yang bagi kami adalah terpaling lawak di final sebentar tadi mendapat tempat ketiga.

Atas jasa baik pihak Astro, Abang Nara telah berjaya tengok final Raja Lawak 4 secara live di Dewan MBSA. Itu yang lambat sikit update keputusan nie. Serius best sangat-sangat. Masa iklan Jozan punya lawak memang boleh buat pecah usus. Terima kasih kepada pembaca-pembaca bertuah BeautifulNara yang sudi datang tadi. Korang memang best.

Sedikit motivasi untuk kita semua, kumpulan Kecik sebelum bergelar Juara Raja Lawak 4 merupakan penjaga cybercafe dan seorang penjaga pam minyak. Memang betul kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sekarang mereka telah femes dan mampu mengubah hidup masing-masing. Kami suka dengan cara kumpulan Kecik yang sentiasa meletakkan Allah sebagai tempat pertama dalam ucapan terima kasih mereka. Nampak terserlah kejujuran dan keikhlasan mereka.

Buat kesemua peserta Raja Lawak 4, semoga terus maju jaya dalam bidang anda selepas ini. Selamat menempuh pancaroba dunia hiburan tanah air Malaysia. All the best dan good luck.

P.S: Sempat bergambar dengan idola Abang Nara sebentar tadi. Sapa lagi kalau bukan Abang Jem @ Salleh Yaakob. Walaupun sekejap tapi sempat gak Abang Jem wat lawak. Memang hebat.

January 28th, 2010

raja lawak 4

Korang layan tak Raja Lawak 4 ? Memula kami tak tengok la jugak, tapi skang nie dah melekat dah kat TV setiap hari Ahad pukul 9 malam. Dah siap-siap tukar channel jadi channel Astro Prima lagi. Kesian kat mak kitorang nak tengok TV1. Tapi last-last dia pun layan jugak. Sama-sama gelak ngan kitorang.

Bagi kami kali nie punya Raja Lawak ada 3 peserta yang best. Lain semua agak kureng sikit. Yang paling best sudah tentu Alex. Lawak dia memang sempoi. Tapi kami suka gak lawak Idlan ataupun lebih dikenali sebagai Abang Kasim. Siap ada jalan cerita dari episod 1 tue. Memang lawak gile!!! Dan yang paling last team Mamu. Not bad gak la lawak diorang.

Kalau korang tak layan Raja Lawak 4 kami cadangkan kepada anda untuk start tengok minggu nie. Sila jangan miss si Alex nie. Dia memang lawak. Tak percaya tengok video kat bawah nie. Bagi kami nie persembahan terbaik dia setakat nie.