June 18th, 2013

Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di portal Murai ini. Bukan apa, rasanya semua orang tahu yang Faizal Tahir adalah anak emas Media Prima. Yang tambah menghairankan, alasan politik digunakan untuk menggam penyanyi hebat ini. Pelik kan?

faizal tahir digam

Ura-ura ini semakin kuat apabila Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya mengeluarkan kenyataan berbaur sinis. Kemungkinan Faizal Tahir kecewa kerana beberapa persembahan yang melibatkan dirinya dan Media Prima dibatalkan secara tiba-tiba.

faizal tahir digam

Bagi Abang Nara, agak keterlaluan juga sekiranya alasan politik digunakan untuk menghalang aktiviti seni Faizal Tahir. Negara kita adalah negara demokrasi dan bebas bersuara. Takkanlah kerana berlainan fahaman politik perkara sebegini dilakukan. Macam tidak berhati perut pun ada jugak kan? Apa kata anda?
ephyraP.S: Siapa yang taknak kulit licin dan cantik berseri kan? Semua wanita idamkan kejelitaan wajah yang sebegitu. Dengan Ephyra, anda boleh memilikinya. Dijamin HALAL, diluluskan oleh KKM dan paling penting, kesannya boleh dilihat dalam tempoh 10 hari. LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.untuk info lanjut.

June 30th, 2009

keluarga faizal tahir

Kadang-kadang kami pun tak sedap hati nak keluarkan gosip tentang rumah tangga artis-artis Malaysia nie. Iyerlah, rumah tangga orang manalah kita tahu cerita yang sebenarnya kan? Kang kalau salah kang buat malu jer.

Tapi dari apa yang kami dengar-dengar setelah memasang telinga, khabarnya rumah tangga Faizal Tahir sekarang nie tengah dilanda ribut kencang. Kesian kami mendengarnya. Maklumlah anak paling bongsu Faizal Tahir rasanya baru beberapa bulan jer. Kalau betul tengah dilanda badai, kesannya compem besar kat anak-anak diorang.

Harap-harap apa yang kami dengar ini hanyalah gosip belaka. Baru-baru nie pun kami ada keluarkan cerita tentang perkahwinan Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang tengah retak. Nampaknya selain musim artis berkahwin, 2009 nie tahun keluarga-keluarga artis berantakan kot.

Buat Faizal Tahir dan keluarga, harap-harap dapat tabah dan bersabar. Kepada Faizal Tahir, buat jer press conference bagitau cerita sebenar kat wartawan-wartawan Malaysia nie. Tak baik dibiarkan gosip macam nie berleluasa. Tak gitu?

March 24th, 2009

gambar rambut pendek faizal tahir

Terkejut jugak bila tengok Melodi di TV3 Ahad lepas. Gambar imej baru Faizal Tahir berambut pendek sangat-sangat nampak lain dengannya yang sudah sinonim dengan rambut panjang mengurai.

Nak kata tak sesuai taklah jugak. Mungkin betul kata Faizal Tahir yang dia mahukan kelainan dan tak mahukan peminat dia boring dengan wajahnya yang sama.

Bagi kami di BeautifulNara, kami tak kisah Faizal Tahir nak rambut pendek ke, rambut panjang ke, rambut botak ke, asalkan suara dia maintain best dan lagu yang dia nyanyikan meletup sampai ke syurga.

Bagaimana pula dengan anda? Rasa-rasa sesuai ke tak sesuai imej berambut pendek Faizal Tahir ini? Mungkin anda rasa dia lebih muda dengan imej baru ini? Atau tidak sesuai dengan usianya yang dah tua?