Written by AbangNara | February 4th, 2014

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. AJL28 sudah hampir 2 minggu berlalu namun masih ada suara yang kurang berpuas hati. Secara jujur, Abang Nara pun terasa pelik juga apabila komposer lagu “Bahagiamu Deritaku” iaitu LY dan Baiduri tidak diberi kesempatan berucap apabila lagunya dinobatkan sebagai juara.  Hanya Hafiz sahaja selaku penyanyi yang membuat ucapan dan terus menyanyikan lagu tersebut sekali lagi.

ly baiduri

Ramai yang menyatakan LY dan Baiduri kecil hati dan rasa terpinggir kerana kejadian ini. Lebih-lebih AJL adalah sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf pencipta lagu, bukannya penyanyi. Namun hari ini menerusi Mstar Online, LY memaklumkan yang dia tidak terasa hati. Kata LY:-

Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas.

Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang.

ly dan hafiz

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi desas-desus kurang baik kedengaran mengenai AJL28. Tuan punya badan pun tak kisah dan tak terasa hati. Semoga dengan kemenangan ini, LY dan isterinya, Baiduri akan terus mencipta lagu yang mantap-mantap. Mana tahu menang AJL yang seterusnya pulak. Tak gitu?

P.S: Gambar lelaki bosan menunggu isteri membeli-belah

Written by AbangNara | January 28th, 2014

Sesungguhnya Anugerah Juara Lagu sentiasa dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air. Untuk kali ke 28 penganjurannya, AJL kali ini menyaksikan jumlah tontonan sebanyak 6 juta dan paling membanggakan, hashtag #AJL28 telah “trending” di nombor 1 bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Satu pencapaian yang sangat hebat untuk mereka yang terlibat di dalam menjayakan anugerah berprestij ini.

ajl28

Jutaan tahniah diucapkan kepada kesemua mereka yang menjayakan AJL28. Dengan tema “Game On“, AJL kali ini tampak lebih futuristik. Apa yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah persembahan jemputan daripada Datuk M. Daud Kilau. Suara beliau tetap sama dari dulu sehingga sekarang. Masih “steady” lagi. Terbaik Datuk!!!

ajl28

Semoga AJL yang ke 29 tahun hadapan akan lebih meriah dan mutu penyertaan semakin meningkat demi kebaikan industri muzik tanah air kita. Lagi beberapa gambar sekitar persembahan malam AJL28 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada laman web Anugerah Juara Lagu.

 
Written by AbangNara | January 28th, 2014

Untuk AJL28 yang baru berlangsung minggu lalu, nama Black disebut sebagai salah seorang “feveret” untuk memenangi kategori Vokal Terbaik. Tidak dinafikan suara Black amat hebat. Tambahan pula, lagu Takkan Terpisah sememangnya menyerlahkan vokal Black yang tinggi. Abang Nara sendiri telah membuat ramalan yang Black bakal memenangi kategori ini.
black kecewaNamun apabila nama Jaclyn Victor diumumkan sebagai pemenang untuk kategori itu, Black didakwa terlalu kecewa sehingga gagal menyembunyikan reaksi kegagalannya memenangi anugerah tersebut di wajahnya. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Black menafikan dakwaan tersebut. Kata Black:-

Saya rasional dan dari awal lagi saya kena sedia dengan apa-apa keputusan. Kalau nak kata saya terkejut atau berubah air muka, bukan saya saja, tapi peserta lain juga.

Cuma kebetulan tumpuan diberikan kepada saya sebab saya dah cakap awal-awal nak menang. Memang saya sasarkan menang tapi saya juga bersedia dengan kemungkinan. Saya sudah melakukan sehabis baik sebab bukan senang untuk keluar (menyanyi) seorang tapa bantuan peralatan atau gimik.

Tapi saya sahut cabaran itu untuk tunjukkan aura dan kekuatan vokal saya. Saya tak harap apa-apa cuma saya cakap begitu sebab nak bagi saingan kuat saja. Kalah dan menang adat pertandingan.

black mentor

Tak apalah Black memang sudah tertulis bukan rezeki anda untuk memenangi Vokal Terbaik di AJL28. Abang Nara percaya pasti ada rezeki lain yang lebih hebat dan besar di masa hadapan. Lagipun persaingan untuk kategori tersebut memang sengit. Kesemua penyanyi pada malam tersebut memang hebat-hebat belaka. Sukar untuk membuat pilihan. Tak gitu?

P.S: Model baharu Perodua dilancar hujung tahun 2014

Written by AbangNara | January 27th, 2014

Pastinya topik perbualan hangat hari ini ialah mengenai AJL28 yang telah berlangsung semalam. Kejayaan Hafiz membawa pulang trofi juara sudah pun diteka oleh sebahagian besar pengikut anugerah berprestij ini. Secara keseluruhan, AJL28 berjalan dengan lancar dan paling penting, keputusan yang dibuat tidak menimbulkan sebarang kontroversi.

gambar red carpet ajl28

Dengan kemenangan Bahagiamu Deritaku, pencipta dan penyanyi lagu tersebut iaitu LY Baiduri dan Hafiz membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000. Di tempat kedua, Hyper Act membawa pulang trofi dan RM15,000 sementara Awi Rafael & Altimet di tempat ketiga membawa pulang trofi dan RM12,000. Jacyln Victor dan Hafiz masing-masing membawa pulang RM10,000 sebagai pemenang kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik.

gambar red carpet ajl28

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan. Semoga AJL yang seterusnya akan lebih meriah dan pembakar semangat untuk pemuzik Malaysia mencipta lagu yang lebih hebat. Lagi beberapa gambar sekitar red carpet AJL28 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar SelebritiOnline dan laman web Anugerah Juara Lagu.

gambar red carpet ajl28

P.S: PLATINUM DRINK merupakan minuman sejuta khasiat yang tinggi diformulasi dengan gabungan 55 herba. PLATINUM DRINK merupakan formulasi saintifik yang padat dengan antioksida untuk memberi tenaga berpanjangan serta kualiti kesihatan dan kehidupan baik. 9 herba utama seperti Maqui Beri, Acai Beri, Blueberi, Delima, Goji Beri, Prune, Manggis, Mengkudu dan Ganoderma serta ia mengandungi Daun Belalai Gajah yang dikenali sebagai “Daun Ubat”. Ia sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan semua tahap kesihatan serta yang berpenyakit. Antara testimoni dan pengguna produk ini ialah Dato’ Jalaludin Hassan dan Kartina Aziz bagi mengekalkan tahap kecergasan dan awet muda.